Pilihan Raya Turki: Kambing Ikut Tuan Mengundi Raih Perhatian

kambing tuan mengundi

Pilihan Raya Turki: Kambing Ikut Tuan Mengundi Raih Perhatian

Satu rakaman pelik tular di media sosial menunjukkan seekor kambing peliharaan santai menemani seorang wanita ketika melaksanakan tanggungjawab membuang undi untuk pilihan raya Turkiye, baru-baru ini.

Lapor The Independent, klip tersebut diambil dari dalam pusat mengundi oleh salah seorang petugas di kawasan itu ketika hari kejadian.

Dalam video tersebut, kambing yang berwarna putih itu mengekori pemiliknya ke dalam pusat mengundi semasa dia melakukan undi dan sebelum memasukkan undian ke dalam peti.

Kredit: @spectatorindex/Twitter

Haiwan itu dilihat setia mengikuti belakang pemiliknya, sambil memakai baju berjalur.

Kambing tersebut seakan-akan mengetahui identiti pemiliknya dan dengan santai ia berlari-lari anak mengikut jejak langkah wanita itu.

Biarpun tempat itu dipenuhi dengan manusia namun kambing tersebut mengorak langkah dengan bersahaja, menemani tuannya sehingga selesai menjalankan tugas mengundi.

Kejadian itu membuatkan ramai yang memberikan perhatian kepada kambing dan wanita itu kerana situasi itu jarang dilihat dan dibuat.

Ramai juga yang mengambil peluang memegang kambing berkenaan semasa ia menuruni anak tangga di kawasan tersebut.

Kredit: @spectatorindex/Twitter

Kebiasaannya, orang ramai memilih kucing atau anjing sebagai haiwan peliharaan dan ia juga dibenarkan untuk dibawa ke premis perniagaan.

Pun begitu, kambing tersebut dilihat sangat jinak kerana tidak melakukan aksi yang tidak sepatutnya di tempat awam.

BACA: Penternak Terkejut, Anak Kambing Lahir Seakan Berwajah Manusia

Erdogan kekalkan kedudukan sebagai Presiden

Terdahulu, media melaporkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berjaya mengekalkan kepimpinannya sebagai Presiden negara berkenaan selepas mengalahkan pencabarnya dalam keputusan pilihan raya yang diumumkan hari ini.

Difahamkan, Erdogan menewaskan Kemal Kilicdaroglu dari parti pembangkang dengan perbezaan undian sebanyak empat peratus. Keputusan tersebut mengekalkan dirinya sebagai Presiden Turkiye sehingga tahun 2028.

“Kita harus bersatu dalam perpaduan dan kesepaduan. Kami menyeru dengan sepenuh hati,” katanya kepada orang ramai yang melaung dan mengibarkan bendera.

Kemenangan Presiden itu yang terus menerajui pucuk pimpinan disambut baik oleh beberapa presiden lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, negara-negara Eropah dan sebagainya.

Sumber: The Independent

The post Pilihan Raya Turki: Kambing Ikut Tuan Mengundi Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*