PM Tiada Kaitan Dengan Keputusan Diambil Jabatan Peguam Negara – Saifuddin Nasution

PM tiada kaitan

PM Tiada Kaitan Dengan Keputusan Diambil Jabatan Peguam Negara – Saifuddin Nasution

JOHOR BAHRU, 5 Sept (Bernama) — Tindakan Jabatan Peguam Negara yang tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiada kaitan dengan kuasa eksekutif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kuasa dan tindakan peguam negara itu berlandaskan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mendakwa atau tidak, untuk teruskan atau tarik balik (pendakwaan), itu kuasa yang ada dalam Perlembagaan (Persekutuan)… sebab itu saya menolak dan menangkis tuduhan dan andaian bahawa apa yang dibuat oleh peguam negara, semuanya di bahu (arahan) perdana menteri,” katanya.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah kelompok Pakatan Harapan di Taman Anggerik, Kempas di sini malam ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Sumber: BERNAMA

The post PM Tiada Kaitan Dengan Keputusan Diambil Jabatan Peguam Negara – Saifuddin Nasution appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*