Polis Buru Individu Terlibat Pergaduhan Di Atas Jalan Raya

Polis Individu Terlibat Pergaduhan Jalan Raya

Polis Buru Individu Terlibat Pergaduhan Di Atas Jalan Raya

IPOH, 29 Julai (Bernama) — Polis sedang memburu individu terlibat dalam kes pergaduhan di atas jalan raya membabitkan sekumpulan lelaki di Tanjung Rambutan di sini, yang videonya tular menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang 27 Julai lepas, di Batu 8, Jalan Tanjung Rambutan-Tambun melibatkan lima lelaki warga tempatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan menggunakan senjata).

“Kini, pihak polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan mengesan individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ASP Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, seorang lelaki dilihat dipukul di atas jalan raya oleh tiga lelaki bertopi keledar selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Turut diguna senjata iaitu kayu rotan dalam pergaduhan berkenaan.

BACA: Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Sumber: Bernama

The post Polis Buru Individu Terlibat Pergaduhan Di Atas Jalan Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*