Polis Cuai: Padah Berhenti Minum Teh, Banduan Terlepas

minum teh polis banduan

Polis Cuai: Padah Berhenti Minum Teh, Banduan Terlepas

NEW DELHI — Gara-gara berhenti sekejap untuk meminum teh, kecuaian lapan anggota polis sewaktu bertugas akhirnya memakan diri apabila tiga banduan berjaya meloloskan diri, lapor The Sun.

Difahamkan, mereka meninggalkan trak polis berkenaan di bahu jalan sebentar dalam keadaan tidak berkunci.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ia mendedahkan kesemua tahanan itu memerhatikan keadaan disekeliling sebelum melarikan diri dari trak berkenaan.

Difahamkan kesemua banduan terbabit ketika itu  sedang dalam perjalanan menuju ke Mahkamah Majistret Jhansi Railway untuk dibicarakan, sebelum ‘dibebaskan’ secara tidak sengaja.

Sementara itu, Ketua Polis Jhansi, Jogendra Kumar dalam satu kenyataan berkata lapan anggota polis cuai yang mengiringi banduan itu telah digantung tugas.

Katanya, kesemua anggota terdiri daripada tiga sub-inspektor polis dan lima konstabel.

“Kesalahan yang dilakukan oleh mereka adalah sangat serius sekiranya terus mengekalkan sebagai anggota polis. Ia sekaligus akan memberikan kesan negatif kepada anggota polis lain,” katanya.

Sehingga kini, ketiga-tiga banduan dipercayai masih bebas.

Kes Tahanan Lolos Di Malaysia

Terdahulu, kes hampir serupa juga turut pernah berlaku di negara ini apabila dua tahanan lelaki warganegara Indonesia berjaya melarikan diri sewaktu dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang .

Memetik Bernama, kejadian itu berlaku di di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow, kedua-dua suspek dikenali sebagai Riki Rinaldi, 40 dan Samirudin, 36

Tambahnya, mereka sepatutnya  menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Ledang bersama dua lagi tahanan warganegara Indonesia.

Kesemua mereka telah didakwa di Mahkamah Kota Tinggi bagi pertuduhan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

BACA JUGA: Polis Jadi Bingung Banduan Enggan Keluar Walau Dah Tamat Hukuman, Terpaksa Halau Balik Rumah

“Kesemua mereka ditangkap oleh pihak Anggota Penguatkuasa Maritim Malaysia kerana dipercayai tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah masuk ke Malaysia.

“Pada pukul 11.20 pagi, seramai tiga anggota Maritim Malaysia telah ditugaskan membawa empat tahanan warganegara Indonesia dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang setelah selesai pertuduhan.

“Semasa dalam perjalanan, dua tahanan telah berjaya membuka gari berantai dan membuka pintu belakang van dan kemudian melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran, di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang,” katanya.

Sumber: The Sun

The post Polis Cuai: Padah Berhenti Minum Teh, Banduan Terlepas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*