Polis Evo 3 Kutip RM25 Juta, Kalahkan Polis Evo 2

polis evo 3 rm25 juta

Polis Evo 3 Kutip RM25 Juta, Kalahkan Polis Evo 2

Berjaya memintas jumlah kutipan ‘box office’ Polis Evo 2, filem Polis Evo 3 dilapor beroleh keuntungan kira-kira RM25 Juta dalam tempoh tujuh hari sejak ia ditayangkan di pawagam.

Lapor Awani, filem arahan Syafiq Yusof yang kedua sebelum ini meraih RM23 Juta dalam tempoh 44 hari.

Penerbit Eksekutif Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata ia merupakan prestasi cemerlang berbanding filem sebelum ini.

“Kutipan Polis Evo 3 telah memecah rekod kutipan keseluruhan Polis Evo 2 dalam tempoh satu minggu. Momentum positif ini memperlihatkan prestasi yang lebih pantas.

“Terima kasih kepada semua yang telah menonton filem Polis Evo 3 di pawagam. Tambah mengujakan, kami turut menerima maklum balas daripada penonton yang telah ulang menonton Polis Evo 3.

“Kami akan terus fokus dalam memantapkan aktiviti pemasaran agar filem Polis Evo 3 dapat dinikmati oleh penonton dari pelbagai latar, kerana kami percaya filem ini menepati cita rasa penonton Malaysia,” katanya.

Polis Evo 3 kaut kutipan RM16 juta selepas empat hari tayangan

Terdahulu, media melaporkan filem Polis Evo 3 dilaporkan berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 Juta selepas empat hari ditayangkan di pawangan.

Memetik Astro Awani, filem arahan Syafiq Yusof itu menjadi filem paling tinggi kutipan pada minggu pembukaan selepas pandemik. Ia juga berjaya mengatasi rekod kutipan minggu pembukaan filem Mat Kilau.

“Untuk rekod, Mat Kilau Berjaya memungut RM12.2 juta selepas empat hari tayangan. Ini membuktikan filem tempatan masih mendapat sokongan daripada peminat dan menginginkan filem yang berkualiti,” maklum kenyataan itu.

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pengarah filem berkenaan di akaun Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, beliau menzahirkan rasa syukur dengan hasil kejayaan kutipan filem itu.

Tambah Syafiq, dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan.

“Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih semua! Teruskan menyokong filem Malaysia 🇲🇾,” tulisnya di Instagram.

TGV Cinema turut memaklumkan filem Polis Evo 3 berjaya memecahkan rekod dengan mengutip lebih RM10 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di layar perak.

Sumber: Astro Awani

BACA: “Pergi Ke Luar Negara,” Ini Jalan Cerita Yang Dibayangkan Zizan & Shaheizy Sam Jika Ada Polis Evo 4

The post Polis Evo 3 Kutip RM25 Juta, Kalahkan Polis Evo 2 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*