Polis Sahkan Tahan Lelaki Dan Wanita Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari PJ Ke Cyberjaya

polis tahan lelaki wanita

Polis Sahkan Tahan Lelaki Dan Wanita Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari PJ Ke Cyberjaya

Seorang lelaki dan wanita ditahan manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dikejar unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan insiden kejar-mengejar itu dilakukan untuk menangkap suspek dan penahanan berjaya dilakukan.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

Semasa insiden kejar-mengejar berlaku, Perodua Bezza yang dinaiki empat individu tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Suspek yang melihat polis tersebut bertindak untuk memecut kenderaan sebelum polis mengejar mereka.

Bagaimanapun, dua lelaki cuba meloloskan diri dengan melompat keluar dari kenderaan namun lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kenderaan yang dinaiki mereka mempunyai peralatan pecah rumah.

Kejadian itu kemudiannya tular di media sosial di mana ia memaparkan sekitar sembilan buah MPV mengejar kereta suspek.

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Sahkan Tahan Lelaki Dan Wanita Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari PJ Ke Cyberjaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*