Polis Tahan Lelaki Tunjuk Aksi “Drift”, Rempuh Kenderaan Lain

polis lelaki drift

Polis Tahan Lelaki Tunjuk Aksi “Drift”, Rempuh Kenderaan Lain

BATU PAHAT — Tindakan seorang lelaki melakukan aksi ‘drift‘ memakan diri apabila ditahan pihak polis selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sehingga melanggar sebuah kenderaan yang diparkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata sekitar jam 12 tengah hari semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan satu video tular di laman sosial Facebook.

Video tersebut menunjukkan sebuah kereta yang dipandu secara merbahaya dan turut melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang parkir ditempat kejadian.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lebih kurang jam 12.15 pagi di lokasi kejadian.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah berjaya mengenal pasti pemandu (suspek) dan kenderaan terlibat.

“Pada Rabu jam lebih kurang 1.15 petang, BSPTD Batu Pahat telah menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 20 tahun yang melakukan aksi ‘drift‘ serta terbabas sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kenderaan lain yang  sedang parkir di petak parkir kenderaan semasa kejadian.

“Ujian saringan awal air kencing pemandu terlibat didapati negatif sebarang jenis dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BACA: Berjaya Kurangkan Kadar Kemiskinan, Ketahui Sumbangan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud Terhadap Sarawak

Maklum Shahrulanuar lagi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, seksyen tersebut melibatkan kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit.

Tambahnya, pihak polis turut memohon perintah reman ke atas suspek dilanjutkan sehingga hari ini di Mahkamah Batu Pahat bagi melanjutkan siasatan.

“Polis menasihatkan orang ramai terutamanya ‘kaki kereta’ atau ‘kaki motor’ yang cenderung suka menguji dan menunjukkan kehebatan jentera dan ‘kepakaran’ pemanduan agar tidak melakukannya di jalan-jalan awam kerana mengundang risiko bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain adalah amat tinggi.

“Jika ingin berbuat demikian hendaklah di litar khas yang bersesuaian. Polis akan mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang ada bagi mengelakkan perbuatan tersebut menjadi ikut-ikutan semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan ‘test power’ tidak bertempat,” ujarnya lagi.

Sumber: Polis Daerah Batu Pahat

The post Polis Tahan Lelaki Tunjuk Aksi “Drift”, Rempuh Kenderaan Lain appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*