Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Dua Kerajaan Terdahulu

dana kerajaan terdahulu

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Dua Kerajaan Terdahulu

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama)Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu hari ini.

“Kita akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 2 petang tadi.

BACA: Lelaki Terlibat Samun, Ada 16 Rekod Jenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

“Perbelanjaan tersebut besar…kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa bahawa ada penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas petugas perdana menteri sebelum ini.

“Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan diikuti siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

Dalam perkembangan lain, polis juga telah mengenal pasti lebih 10 kawasan yang menjadi “perkampungan” utama pendatang tanpa izin di seluruh negara.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Dua Kerajaan Terdahulu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*