“Pre-Wedding” Punca Kebakaran Bromo, Pasangan Kekasih Mohon Maaf

bromo pasangan kekasih mohon maaf

“Pre-Wedding” Punca Kebakaran Bromo, Pasangan Kekasih Mohon Maaf

BROMO — Pasangan kekasih membuat permohonan maaf susulan kes kebakaran Bukit Teletubbies di kawasan pelancongan Bromo, lapor Kompas.

Difahamkan, kebakaran itu berpunca ketika sesi penggambaran pra perkahwinan mereka pada 6 September lalu.

Permohonan maaf itu dilakukan secara langsung kepada masyarakat Tengger, Ketua Dukun Parisada Sutomo, dan tiga ketua kampung yang mewakili enam perkampungan Jumaat lalu.

“Kami dan rakan-rakan yang berada di tahanan pihak polis ingin menyampaikan permohonan maaf sedalam-dalamnya.  Permohonan maaf ini kami tujukan kepada suku kaum Tengger, pada tokoh-tokoh adat Tengger, kepada masyarakat Tengger, pemerintah Tengger.

“Dan tidak lupa juga kami mohon maaf kepada Presiden dan wakil Presiden Republik Indonesia, kepada seluruh menteri kabinet, Ketua Daerah  Probolinggo dan Pasuruan, serta seluruh lapisan masyarakat di Indonesia,” ujarnya.

Jelas bakal pengantin lelaki itu, mereka tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kebakaran itu.

“Berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Teletubbies Bromo, kami tidak ada niat sedikit pun,” katanya lagi.

Tambahannya, sewaktu kebakaran tercetus, rombongan mereka berusaha mengambil air mineral dalam kereta untuk memadamkan api.

“Ketika kejadian, kami juga berusaha untuk memadamkan kebakaran dengan salah satu cara mengambil air mineral. Bagaimanapun, ketika itu angin bertiup kencang dan rumput dalam keadaan kering.

“Disebabkan itu usaha kami gagal.” katanya.

BACA JUGA: Fenomena Puting Beliung Berapi Berlaku Ketika Kebakaran Hutan Melanda Kanada

Sementara itu, menurut pihak pengurusan Pusat Taman Negara Bromo Tengger Semeru (BB TNBTS), langkah undang-undang akan diambil berhubung kejadian itu, lapor Berita Satu.

Bagaimanapun, peguam bela kedua pasangan itu, Hasmoko mempersoalkan sistem keselamatan dan pemeriksaan yang kurang ketat.

Dia menyifatkan ia adalah satu bentuk kecuaian yang dilakukan pihak pengurusan.

“Kesalahan ini bukan sahaja daripada pihak kami tetapi dari pihak TNBTS. Mengikut pertimbangan, kami akan mengambil tindakan hukum terhadap pihak terkait atas kekurangan dalam pengawasan keselamatan,” jelasnya semalam.

Tambahnya, kecuaian ini mengakibatkan pengunjung tidak cukup memahami larangan membawa barangan tertentu ketika memasuki kawasan berkenaan.

Beliau percaya bahawa hak pelawat mengenai pemeriksaan dan penyeliaan tidak disediakan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, mereka juga bercadang untuk memfailkan saman terhadap pihak pengurusan TNBTS terhadap kepincangan dalam penyeliaan.

Untuk makluman, kebakaran di Gunung Bromo itu berlaku pada 6 September lalu. Pasangan tersebut menjalani sesi fotografi itu bersama empat lagi rakan mereka.

Kebakaran tercetus sewaktu mereka cuba menyalakan suar api untuk tujuan penggambaran. Bagaimanapun, percikan api yang dihasilkan oleh suar itu terkena rumput sebelum menyebabkan kebakaran.

Sumber: Kompas, Berita Satu 

The post “Pre-Wedding” Punca Kebakaran Bromo, Pasangan Kekasih Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*