Program Percuma Jer Taruhan Terbaru TV AlHijrah

Percuma Jer TV AlHijrah

Dalam menyahut Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd  Na’im bin Haji Mokhtar, satu program baru bakal disiarkan di stesen TV AlHijrah bermula 1 Februari 2024 akan datang.  

Bertumpu kepada Teras Kesejahteraan Insan, program PERCUMA JER diperkenalkan  bagi memperkasa kemampanan ekonomi Islam disamping kebajikan sosial dan perpaduan ummah. 

Program PERCUMA JER yang dijadual bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam  6-7 petang adalah hasil cetusan idea dua organisasi iaitu TV AlHijrah dan Pasak Sdn. Bhd. 

Program terbaik yang menjanjikan kelainan ini memfokuskan pemasaran produk di kaca televisyen dengan konsep baharu dan pertama kali seumpamanya di Malaysia  memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan  percuma kepada penonton TV AlHijrah. 

Percuma Jer TV AlHijrah

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, menerusi  PERCUMA JER penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan dalam aktiviti perekonomian jual beli. Ini kerana, mereka berpeluang untuk menerima sampel barangan tersebut dahulu secara percuma,  seterusnya membuat keputusan tepat untuk proses jual beli selanjutnya. 

“Saya percaya, proses pemberian sampel barangan secara percuma ini membantu para pembeli untuk membuat pembelian bijak. 

“Secara tidak langsung, etika Islam dalam jual beli dapat dijaga dan dicapai. Dengan  itu, kebajikan pelanggan dan pengguna terjamin dalam kontrak jual beli,” katanya.

Menurut Nadzariah lagi, para penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma  di dalam rancangan PERCUMA JER hanya dengan mengikuti langkah-langkah mudah  iaitu mereka perlu menonton rancangan ini yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam. Seterusnya, mereka perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store. Setelah itu, mereka  perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan sampel yang dikehendaki. Akhir  sekali, pemilik produk akan menghantar barangan sampel t e r s e b u t menggunakan syarikat kurier nasional kepada para penonton. 

Percuma Jer TV AlHijrah

Program PERCUMA JER ini akan dihoskan oleh hos dalaman TV AlHijrah iaitu Hanan  Abdul Rahman, Ola Nordin dan Dewita Susila menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis seperti barangan makanan, produk kecantikan dan  kesihatan, barangan IT dan pelbagai lagi barangan sampel lain.  

Besar harapan TV AlHijrah dan rakan kerjasama Pasak Sdn. Bhd agar pihak media  dapat bersama mengwara-warakan kebaikan, kelainan dan keistimewaan program PERCUMA JER ini demi membantu pengguna dan pemilik perniagaan terutamanya para usahawan PKS menjana ekonomi dan pembangunan ummah sejagat.

The post Program Percuma Jer Taruhan Terbaru TV AlHijrah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*