Pukul Isteri Hingga Cedera, Lelaki Ditahan

pukul isteri cedera

Pukul Isteri Hingga Cedera, Lelaki Ditahan

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditahan selepas bertindak memukul isterinya hingga mengakibatkan kecederaan dalam satu kejadian di kediaman mereka di Taman Maju Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,  Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu, 40, pada Isnin lalu kira-kira jam 2 petang.

Tambahnya, suspek yang berusia 45 tahun bertindak memukul isterinya semasa pertengkaran dengan menggunakan tangan dan menyebabkan pengadu mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki serta badan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati pangadu mengalami kecederaan ‘soft tissue injury‘ pada tangan kanan, jari tengah sebelah kanan dan kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari BSJD Ampang Jaya telah menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.

BACA: Nahas Japan Airlines: 5 Kru Kapal Pengawal Pantai Maut, Kapten Cedera Parah

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati suspek negatif dadah dan semakan kes suspek tiada rekod lampau,” katanya lagi.

Susulan itu, permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Ampang akan dimohon pada hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan merujuk kepada dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga merujuk kepada kesalahan boleh ditangkap.

Sekiranya suspek didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan keganasan terhadap rumah tangga,” katanya.

Video Tular Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan berkenaan video tular menunjukkan seorang anggota tentera didakwa mengasari isterinya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah flat di Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah berkata, pihak polis telah mengesan video tular yang berdurasi 32 saat itu menerusi laman media sosial X pada 29 Disember.

BACA JUGA: Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya

The post Pukul Isteri Hingga Cedera, Lelaki Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*