Qatar teroka peluang pelaburan di Malaysia – Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan bersama penasihat Perdana Menteri Qatar, Ghanim Saad Al Saad untuk berbincang mengenai peluang pelaburan di negara ini, hari ini.

Anwar melalui hantaran di Facebooknya berkata, pertemuan yang diadakan pada tengah hari tadi di pejabatnya di Perdana Putra, telah melaksanakan beberapa perbincangan mengenai potensi pelaburan melalui syarikat Ghanim Bin Saad Al Saad & Sons Group (GSSG), di masa hadapan.

“Tenga hari tadi saya bertemu Syeikh Ghanim Saad Al Saad di pejabat yang merupakan penasihat kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim Al Thani.

“Ghanim Bin Saad Al Saad and Sons Group (GSSG) yang diketuai beliau kini sedang meneroka peluang untuk pelaburan di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Qatar teroka peluang pelaburan di Malaysia – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*