Quantum Metal Diarah Henti Tawarkan Saham QMEI Kepada Orang Awam – SC

Quantum Metal henti

Quantum Metal Diarah Henti Tawarkan Saham QMEI Kepada Orang Awam – SC

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengarahkan Dato’ Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng, Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.

SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tawaran saham QMEI, yang sedang berjalan melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

“Arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.

“Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007.

“Oleh yang demikian, SC juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannya pada Senarai Amaran Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Suruhanjaya itu turut menasihatkan pelabur supaya berhati-hati ketika menilai tawaran pelaburan.

“Orang awam digesa melaporkan kepada SC jika mereka mendapat tawaran produk pasaran modal daripada individu yang mencurigakan dan tidak berlesen, di aduan@seccom.com.my atau hubungi +603-6204 8999,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan sebarang dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) diluluskan atau dilesenkan oleh pihaknya adalah tidak benar.

Menerusi satu kenyataan, BNM berkata QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).

“QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.

“Sebagai sebuah institusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan,” kata BNM.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

BACA: Trailer Filem Sheriff Ada “Plot Twist”, Syafiq Yusof Jawab Kenapa Dedah Identiti Meth Killer

The post Quantum Metal Diarah Henti Tawarkan Saham QMEI Kepada Orang Awam – SC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*