Ralit Tengok Hujan, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah

keadaan ainul mardhiah

Ralit Tengok Hujan, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah merupakan satu nama yang pernah menggemparkan satu Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Bayi yang asalnya mengalami tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya kini sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Berdasarkan hantaran terkini bapanya di Facebook, Ainul sudah pun membesar seperti kanak-kanak lain.

Ahmad Saifuddin telah berkongsi gambar puterinya, yang juga merupakan kanak-kanak kesayangan rakyat Malaysia pada 30 Disember lalu.

Difahamkan, Ainul sudah dapat berdiri lima minit tanpa henti ketika menyaksikan air hujan menitis di luar rumahnya.

“Ainul boleh berdiri lima minit tanpa bergerak bila tengok hujan di luar. Dia tenung je hujan tu.” kata Saifuddin menerusi kapsyen Facebook miliknya.

“Ini kalau ajak dia mandi hujan memang on terus macam tak ada hari esok.”

Ujar bapanya, kanak-kanak istimewa seperti Ainul ini sangat ‘rapat’ dengan alam kerana hal ini dianggap sebagai satu terapi baginya.

“Ainul agak hyper, tapi bila dia dekat dengan alam, boleh nampak dia punya tenang tu.” tambah Saifuddin lagi.

Gambar: Ahmad Safiuddin

Ainul Mardhiah pernah menggemparkan negara pada 2019

Imbas kembali, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun.

Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Beliau telah bertanggungjawab membawa Ainul Mardhiah serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kisah Ainul Mardhiah mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika berada di United Kingdom bagi lawatan rasmi selama tiga hari.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian umum apabila rakaman video bayi terbabit yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut, tular dalam laman sosial.

BACA:  Enam Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Jepun

Sumber: Ahmad Saifuddin via Facebook

 

The post Ralit Tengok Hujan, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Ainul Mardhiah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*