Remaja Perempuan Tersangkut Pada Buaian Kanak-Kanak

remaja perempuan tersangkut buaian

Remaja Perempuan Tersangkut Pada Buaian Kanak-Kanak

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan selepas tersangkut dalam buaian kanak-kanak dalam kejadian di Sungkai Perdana.

Operasi menyelamat itu dilakukan oleh anggota bomba daerah Sungkai, Perak selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.55 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah taman permainan kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Kredit Facebook

Berita tersebut dikongsikan oleh Friends of Bomba Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Peralatan khas terpaksa digunakan bagi memotong buaian

Menurut hantaran itu, pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong buaian tersebut untuk mengeluarkan mangsa.

Kredit Facebook

“Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang remaja perempuan umur 16 tahun yang tersangkut di buaian kanak-kanak di kawasan taman sungkai perdana.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi memotong buaian tersebut untuk mengeluarkan mangsa . Tiada kecederaan yang dialami mangsa dan dikeluarkan dengan selamat,” tulis hantaran muat naik laman tersebut.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki yang melarikan diri ke dalam hutan selama enam hari akibat tekanan kerja berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataannya berkata, anggota bomba menerima panggilan pada 11.44 malam semalam dan bergegas ke lokasi yang dinyatakan mangsa.

Beliau berkata, mangsa ,41, menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Amanjaya pada 3 Jun lalu akibat tekanan di tempat kerja dan memutuskan untuk tinggal di hutan belantara itu.

Bagaimanapun, lelaki itu memutuskan untuk menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya selepas dia sesat di dalam hutan dan tidak dapat mencari makanan.

BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi?

“Mangsa memakai baju-T oren dan berseluar jeasn biru. Dia menghubungi melalui telefonnya, namun tiada sambungan internet.

“Dia memasuki hutan melalui pencawang utama Tenaga Nasional Berhad berhampiran Jabatan Audit Negara. Setibanya di tempat kejadian, komander operasi menghubungi mangsa. Mangsa memberitahu bahawa dia terdengar bunyi jentera bomba dari dalam hutan,” katanya.

Sabarodzi berkata, mangsa ditemui jam 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia via Facebook

The post Remaja Perempuan Tersangkut Pada Buaian Kanak-Kanak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*