Resepi Sup Dumpling Spicy Dengan Chilli Oil

Resepi Sup Dumpling Spicy Dengan Chilli Oil

Kebanyakan orang di Malaysia menyukai makanan di Malaysia kerana terdapat kepelbagaian yang tak terhingga. Ada makanan Melayu, Cina, India dan banyak lagi.

Kepelbagaian inilah yang membuatkan pelancong jatuh cinta dengan makanan yang ada di Malaysia. Anda sendiri pasti akan makan makanan lain juga, kan?

Kalau anda penggemar makanan Cina, anda mesti penggemari dim sum. Salah satu jenis dim sum yang paling digemari adalah dumpling. 

Mari belajar cara-cara membuat dumpling sendiri!

Bahan-Bahan Inti Dumpling

Setiap dumpling mesti mempunyai intinya. Kalau tak, anda hanya akan makan dumpling yang kosong saja. Ibarat makan kuih karipap angin. Jadi, anda perlulah sediakan bahan-bahan untuk intinya dulu.

Anda akan memerlukan, ayam kisar 200 gram, lapan ekor udang yang dicincang, setengah sudu besar sos ikan, satu sudu besar kicap, satu sudu besar sos tiram dan sedikit lada putih dan lada hitam. Jangan lupa kulit dumpling, ya!

Bahan-Bahan Chilli Oil

Untuk chilli oil pula, bahan-bahan untuk ditumis adalah, seulas bawang putih, sebiji bawang merah, seinci halia dan sekumtum bunga lawang.

Campuran cilinya pula adalah, tiga sudu besar chilli flakes, setengah sudu kecil gula dan setengah sudu kecil garam, setengah sudu kecil lada putih, setengah sudu kecil paprika, setengah sudu kecil minyak panas bahan tumis dan satu sudu kecil minyak bijan.

Bahan-Bahan Sup

Anda memerlukan seulas bawang putih yang dicincang, air secukupnya, satu kiub ayam dan dua sudu besar perasa tambahan.

Cara-Cara Membuat

Untuk inti dumpling, masukkan ayam kisar dan udang yang dicincang ke dalam mangkuk yang besar. Kemudian, masukkan sos ikan, kicap, sos tiram, lada putih dan lada hitam. Gaulkan semua bahan-bahan itu.

Apabila sudah digaulkan, anda boleh letakkan inti itu ke atas kulit dumpling. Lipatkan kulit dumpling itu setelah anda masukkan inti. Macam anda melipat karipap. Letak di tepi dulu dumpling yang dah siap itu.

Anda buat pula chilli oil untuk dimakan bersama dumpling itu nanti. Masukkan chilli flakes, gula dan garam, paprika, minyak bijan dan anda gaulkan bahan-bahan itu.

Selepas itu, anda tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan bunga lawang yang telah disediakan. Tumiskan sehingga garing, kemudian tapiskan bahan-bahan yang ditumis itu. Ambil minyak panas bahan tumis dan tuangkan ke dalam bekas campuran cili itu.

Tuangkan sikit-sikit untuk mengelakkan daripada hangus. Kacaukan bahan-bahan dengan minyak yang dituang, dan tambah lagi sikit minyak. Gaulkan sehinggalah menjadi chilli oil.

Untuk sup dumpling pula, tumiskan bawang putih dan masukkan air secukupnya. Masukkan pula satu kiub ayam, pastikan anda gaul sehingga ianya larut. Tambahkan perasa tambahan, dan perlahan-lahan letakkan dumpling ke dalam sup.

Setelah dumpling sudah direbus bersama sup, anda boleh sedukkan sup dumpling ke dalam mangkuk. Anda hidangkan sup dumpling itu bersama chilli oil yang telah dibuat.

Dah siap! Makan sup dumpling spicy masa waktu sejuk mesti best, kan? Selamat mencuba!

@alisyafashihah

Resipi Spicy Dumpling Soup With Chilli Oil 🥟🤤🔥 Resipi ni alisya dapat 16 biji dumpling! Bahan-bahan ⤵ Inti:- 200g ayam kisar isi udang 8 ekor cincang 1/2 sb sos ikan 1 sb kicap 1 sb sos tiram Sedikit whitepepper @ blackpepper Bahan tumis Chili oil :- 1 ulas bawang putih 1 biji bawang merah 1 inci halia 1 kuntum bunga lawang Campuran chili untuk chili oil:- 3 sb dried chilli flakes 1/2 sk gula + 1/2 sk garam 1/2 sk lada putih 1/2 sb minyak 1/2 sk paprika Minyak panas bahan tumis (letak sikit2 jangan semua sekaligus sbb takut nanti hangit) 1 sk minyak bijan (alisya lupa nak rakam dlm video ni 😅) Soup:- 1 ulas bawang putih cincang Air secukupnya 1 biji kiub ayam 2 sb secukup rasa Hiasan:- Daun bawang Chili oil #myfoodie #fyp #dumplings #supdumpling #dumplingsoup #resepisimple #resep #foryou #fy #tiktokmalaysia #reseptiktok

♬ OMG – NewJeans

Sumber: alisyafashihah via TikTok

BACA JUGA: Resepi Lasagna Homemade Simple, Jom Cuba

The post Resepi Sup Dumpling Spicy Dengan Chilli Oil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*