RM7 Sejam, Pelajar Buka Khidmat Cabut Uban Demi Cari Duit Tepi

khidmat cabut uban

RM7 Sejam, Pelajar Buka Khidmat Cabut Uban Demi Cari Duit Tepi

JAKARTA — Seorang mahasiswi dari sebuah kolej di Pontianak, Kalimantan Barat dilaporkan membuka perkhidmatan mencabut uban bagi mencari duit poket lebih, lapor Detik.com.

Difahamkan, dia mengambil upah  setiap pelanggan dengan nilai 25,000 rupiah (RM 7) setiap satu jam.

“Saya mula membuka perniagaan mencabut ubat dengan harga 25,000 rupiah (RM 7) sejam. Mak kata cuba cari duit tambahan sendiri,” katanya.

Khidmat Cabut Uban

Jelas Zafira atau lebih mesra disapa Fira, 20, dia baru sahaja memulakan perkhidmatan itu sejak tiga hari lalu pada 4 Jun.

Susulan baru sahaja menjalankan perkhidmatan itu, mahasiswi terbabit menggunakan platform Instagram sebagai alternatif untuk mempromosikannya.

Menerusi akaun Instagram @cabutuban_pontianak memaparkan hantaran berhubung perkhidmatan itu. Dia turut meminta bantuan dan sokongan warganet untuk mempromosikan perkhidmatan cabut uban tersebut.

BACA JUGA: Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Bahagi Masa Antara Belajar Dan Bekerja

Walau bagaimanapun, dia terpaksa membahagikan masa sebagai seorang mahasiswi dan bekerja sebagai tukang cabut uban.

Sehubungan itu, perkhidmatan cabut uban hanya dibuka dari pukul 5 petang hingga 7 petang waktu tempatan selepas sesi pembelajaran di kolejnya tamat.

“Baru tiga hari sejak Ahad lalu saya menjalankan pekhidmatan ini sambil memohon bantuan netizen untuk promosikan,

“Setakat ini, Fira telah menerima tiga pelanggan. Namun, Fira hanya mengambil pelanggan selepas pulang dari kolej sahaja. Selepas kelas ni,  Fira sudah ada tiga pelanggan yang menunggu,” jelas mahasiswa di sebuah kolej di Pontianak.

Tambahnya, dia lebih gemar untuk menjalankan perkhidmatan itu pada hujung minggu.

“Sebenarnya saya lebih suka untuk buka pada hujung minggu. Hari-hari lain pun boleh namun sekiranya mempunyai waktu terluang,” katanya.

Sering Cabut Uban Sejak Kecil

Menurut portal TribunHealth.com, Fira sudah terbiasa mencabut uban ibunya sejak dari bangku sekolah hingga sekarang.

Dia memberitahu mula berfikir untuk menjalankan perkhidmatan tersebut setelah mendapat saranan daripada ibunya.

Meskipun baru sahaja memulakannya, Zafira berharap perkhidmatan tersebut dapat membantunya untuk menampung kos pembiayaan pembelajaran dan keperluan harian.

Dalam pada itu, kegigihan mahaisiwi itu dalam mencari duit tambahan nyata mendapat perhatian warganet.

BACA JUGA: Hukum Pelajar Yang Belajar Sambil Bekerja Menggunakan Duit Bantuan Zakat, Ini Penjelasan Mufti

Sumber: Detik.com,TribunHealth.com 

The post RM7 Sejam, Pelajar Buka Khidmat Cabut Uban Demi Cari Duit Tepi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*