“Roller Coaster” Rosak, Pengunjung Cemas Tergantung Tiga Jam Berjaya Diselamatkan

Roller coaster tergantung tiga jam

“Roller Coaster” Rosak, Pengunjung Cemas Tergantung Tiga Jam Berjaya Diselamatkan

Pengunjung sebuah festival di Wisconsin alami detik cemas apabila permainan ‘roller coaster’  yang dinaiki mereka tersangkut sebelum tergantung terbalik selama berjam-jam.

Memetik NBCNews, permainan roller coaster di Festival Forest County di Crandon itu terpaksa ditutup pada Ahad lalu.

Penutupan itu berlaku selepas pengunjung yang menaiki permainan tersebut tergantung terbalik sekurang-kurangnya tiga jam.

Berdasarkan video yang dikongsi di media sosial, beberapa orang pengunjung dapat dilihat tergantung pada pemainan roller coaster yang terhenti tersebut.

Anggota keselamatan kecemasan dari sekurang-kurangnya tiga daerah sekitar telah dikerahkan bagi membantu menurunkan kesemua mangsa, menurut WJFW.

Dalam pada itu, Kapten Jabatan Bomba Crandon, Brennan Cook memberitahu bahawa permainan itu telah mengalami ‘kegagalan mekanikal’. Di mana permainan itu dikatakan telah tersangkut dalam kedudukan menegak.

Namun sehingga kini, masih tidak jelas apa yang menyebabkan isu itu berlaku pada permainan tersebut.

Menurut Cook, permainan itu baru sahaja diperiksa di lokasi berkenaan oleh wakil dari negeri Wisconsin tersebut.

Sementara itu, apabila diminta untuk mengulas lanjut oleh NBC News, jabatan bomba tidak memberikan sebarang komen berkenaan kejadian terbabit.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Crandon International Off-Road Raceway yang menjadi penganjur festival itu bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk mengulas lanjut mengenai kejadian.

Menurut risalah festival yang dikongsi dalam talian, festival itu dikatakan sepatutnya berakhir pada hari Ahad yang lalu.

Insiden itu adalah antara yang terbaru dalam rentetan kemalangan berkaitan roller coaster yang pernah dilaporkan dan menjadi tajuk utama laman-laman berita.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Sebelum ini, taman hiburan North Carolina telah menutup salah satu permainan roller coasternya. Penutupan itu dibuat selepas seorang lelaki ternampak retakan besar pada tiang sokongan permainan tersebut.

Rentetan itu, Carowinds mengesahkan pada Ahad bahawa Fury 325 telah ditutup untuk pembaikan selepas taman itu dimaklumkan mengenai isu tersebut.

“Pemeriksaan menyeluruh sedang dilakukan dan permainan itu akan ditutup sehingga ia diselesaikan,” kata kenyataan dari taman tesebut.

Bulan lalu, sebuah gerabak roller coaster tergelincir di Sweden menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya sembilan yang lain.

Sumber: NBC News

The post “Roller Coaster” Rosak, Pengunjung Cemas Tergantung Tiga Jam Berjaya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*