RTM Siar Perlawanan Piala Asia Bermula 12 Januari

Siaran langsung Piala Asia

RTM Siar Perlawanan Piala Asia Bermula 12 Januari

Perlawanan Piala Asia akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 12 Januari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu sidang media sebentar tadi.

“Ada satu perkara ingin saya maklumkan berkenaan dengan Piala Asia yang akan berlangsung di Qatar bermula 12 Januari.

“Ada beberapa pihak yang bertanya sama ada ia akan disiarkan di RTM. Jawapannya adalah ya, ia akan disiarkan di RTM bermula 12 Januari.

“Pihak kerajaan akan pastikan kita akan dapat tonton perlawanan melibatkan bukan hanya Harimau Malaya, tetapi pasukan-pasukan lain di Piala Asia ini,” kata beliau.

Terdahulu, Malaysia berjaya melayakkan diri ke saingan bola sepak tertinggi peringkat Asia itu secara merit.

Harimau Malaya Ada Peluang Layak Ke Pusingan Kalah Mati Piala Asia 2023

Malaysia bakal memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Januari. Perlawanan berkenaan akan berlangsung di Stadium Al Janoub dengan sepak mula bermula pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Skuad kebangsaan kemudian akan turun dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Bahrain pada 20 Januari.

Aksi tersebut mengambil tempat di Stadium Jassim Bin Ahmah bermula 10.30 malam.

Manakala dalam perlawanan terakhir, skuad skuad Kim Pan Gon bakal bertemu gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari.

Aksi penutup peringkat kumpulan bagi Harimau Malaya itu juga akan berlangsung di Stadium Al Janoub bermula jam 7.30 malam.

Format Piala Asia 2023

Untuk pengetahuan pembaca, format Piala Asia kali ini mudah untuk difahami. Ada enam kumpulan yang dibahagikan daripada kumpulan A hingga F.

Malaysia berada dalam Kumpulan E.

Setiap kumpulan ada empat pasukan dan setiap pasukan akan melalui tiga perlawanan di peringat kumpulan.

Dua pasukan teratas kumpulan masing-masing akan layak terus ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Empat pasukan terbaik di tempat ketiga akan melengkapkan 16 pasukan di pusingan 16 terbaik (knock-out stage).

Pusingan kalah mati akan berlangsung dari 28 Januari hingga 30 Januari 2024. Kemudian, setiap pemenang dari pusingan 16 terbaik (8 pasukan) akan berentap di suku akhir pada 2 dan 3 Februari.

Empat pemenang suku akhir akan bertemu di separuh akhir pada 6 dan 7 Februari.

Manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 10 Februari dan pemenang bakal dinobatkan sebagai Juara Asia edisi kali ini.

Malaysia sekurang-kurangnya perlu muncul antara empat pasukan tempat ketiga terbaik sekiranya memasang impian untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Astro Awani

The post RTM Siar Perlawanan Piala Asia Bermula 12 Januari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*