Rusia & China Mungkin Dapat Bantu Hentikan Konflik Israel-Palestin – Pakar

Rusia & China Mungkin Dapat Bantu Hentikan Konflik Israel-Palestin – Pakar

Rusia dan China dipercayai mungkin dapat membantu menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin yang sudah berlarutan sejak beberapa dekad lalu.

Demikian pendapat ‘positif dan optimis’ oleh seorang bekas profesor dari Universiti Tsinghua di Beijing, Dr. Kiyul Chung mengenai krisis kedua-dua pihak berkenaan.

Menurutnya seperti yang dilapor Sputnik, beliau berpendapat bahawa Rusia, China dan kuasa-kuasa besar Timur Tengah seperti Iran dapat memperkenalkan beberapa tindakan gabungan praktikal secara beransuran yang boleh mengakhiri krisis.

“Ia juga dapat menamatkan pendudukan Israel di Palestin dan akhirnya membantu mewujudkan dua ‘negara merdeka’. Satu negara Palestin dan satu negara Israel.

“Tak kira apa pun gabungan tindakan mereka yang diharapkan berlaku pada masa terdekat, tindakan-tindakan itu harus menjadi sesuatu yang dapat menjamin keamanan dan kestabilan di rantau ini dengan menerapkan ketenteraan, politik, ekonomi, dan penyelesaian kemanusiaan.

“Tetapi, tak kira apa tindakan itu, ia harus menjadi sesuatu yang dapat menyebabkan pembinaan semula, penyusunan semula, dan perdamaian hubungan kekuasaan serantau yang akhirnya akan mengakhiri penderitaan Palestin,” katanya, memetik Sputnik.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, imej yang ditunjukkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putih dan Presiden China, Xi Jinping adalah berdasarkan tiga prinsip terpenting dunia ‘moltapolar abad ke-21’.

Difahamkan ia merujuk kepada nilai saling menghormati, keamanan hidup bersama serta kemakmuran bersama.

“Manakala gambaran yang diberi oleh Biden (Presiden Amerika Syarikat-US) dan negara-negara barat, secara dasarnya menunjukkan logik ‘mungkin dapat membetulkannya’,” katanya.

Imbas kembali, antara tragedi besar yang berlaku dalam konflik tersebut adalah Hospital Al-Ahli di Gaza yang musnah ekoran menjadi sasaran pihak berkenaan hingga meragut kira-kira 500 nyawa baru-baru ini.

Merujuk Sputnik lagi, Putin ketika berbicara di Forum Belt and Road baru-baru ini ada menerangkan bahawa kemusnahan hospital tersebut adalah sebuah tragedi dan kemusnahan kemanusiaan.

Beliau ketika itu berharap agar tragedi berkenaan menjadi ‘isyarat’ bahawa konflik di Gaza perlu dihentikan secepat mungkin.

Sumber: Sputnik

BACA JUGA: Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa

The post Rusia & China Mungkin Dapat Bantu Hentikan Konflik Israel-Palestin – Pakar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*