Sambar Penyerang Sheffield United

London: Newcastle menandatangani penyerang Denmark Bawah-21 tahun, William Osula, dari Sheffield United dengan bayaran yang tidak didedahkan, selepas diumumkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain berusia 21 tahun itu beraksi sebanyak 21 kali untuk Blades dalam liga utama England yang diturunkan pangkat musim lalu, tatkala dia menghabiskan musim sebelumnya dengan pinjaman di liga ketiga bersama Derby.

Osula memulakan kerjayanya dengan kelab kampung halamannya, Copenhagen, sebelum berpindah ke Sheffield United di Yorkshire pada 2018.

“Ia adalah kelab yang besar, kelab yang hebat, jadi saya sangat gembira dengan peluang untuk menyertai Newcastle United,” katanya di laman web kelab barunya.

“Ia adalah peluang yang hebat, dan sebaik sahaja saya mendengar mengenai minat Newcastle, saya tahu saya perlu merebut peluang untuk menyertai kelab ini jika ia datang.

“Ia datang dan saya benar-benar gembira berada di sini.”

Pengurus Magpies, Eddie Howe menambah: “William adalah penyerang muda yang berbakat dengan semua ciri menjadi pemain yang menarik untuk Newcastle United.

sumber: HM

Newcastle, yang menamatkan musim lalu di tempat ketujuh dalam EPL, akan memulakan kempen 2024/25 mereka di tempat sendiri menentang Southampton pada 17 Ogos.