Santai Berenang, Sotong ‘Comel’ Ziarah Rumah Wanita Ini Ketika Dimasuki Air Pasang Besar

Sotong ‘Comel’ Datang Ziarah Rumah Ketika Air Pasang Besar

Biasanya, kita perlu berwaspada dengan haiwan berbahaya dan berbisa seperti lipan, ular, buaya, babi hutan dan sebagainya apabila tiba musim hujan atau ketika rumah dinaiki air.

Pastinya, kehadiran tetamu-temau tidak diundang ini menyulitkan situasi yang dialami tuan rumah, apatah lagi ketika itu terpaksa berdepan dengan situasi bencana.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila rumahnya ‘dikunjungi’ oleh haiwan-haiwan yang comel dan kelihatan sangat ‘berbudi bahasa’.

Seorang pengguna TikTok, yang dikenali dengan tanda nama @skyeess0 merakam aksi lucu ‘tetamu’ yang berenang-renang di dalam bilik tidurnya ketika rumahnya dimasuki air.

Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu berkongsi keadaan rumahnya yang digenangi air hingga ke paras buku lali. Menariknya, air berkenaan kelihatan amat jernih. Difahamkan, rumahnya dimasuki air bukan kerana banjir, sebaliknya berpunca daripada kejadian air laut pasang.

Ketika melihat keadaan biliknya, wanita itu terserempak dengan seekor sotong kecil sedang berenang bebas di dalam salah satu ruang di rumah yang didiaminya.

@skyeess0

atas nasihat orang kampung suruh post , jadi kita post lah dengar kata bole #fyp 🤣 #airpasangbesar

♬ kucing mampus – Kxcingg

Video tersebut turut disertakan dengan audio TikTok yang diambil dari filem Geng: Pengembaraan Bermula (2009), yang menampilkan dialog Upin bertanya kepada mahkluk misteri, Opet mengenai asal usulnya.

Selain makhluk berkaki lapan, rumah wanita tersebut turut dimasuki haiwan-haiwan akuatik lain seperti ikan kecil.

@skyeess0

Replying to @Ikazzz Ikan pun ade sis hahaha boleh buka aquaria bilik saya

♬ original sound – skyess – skyess🪐

Sama seperti sotong tersebut, ikan kecik juga kelihatan berenang bebas di kawasan air yang bertakung.

Video sotong comel yang hadir secara misteri ketika musim air pasang besar ini telah meraih perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2.1 kali serta mendapat 186.4 k tanda suka dan 3477 komen.

Rata-rata warganet memberikan komen hairan, bagaimana haiwan ini boleh ‘sesat’ sehingga ke rumah manusia. Ada juga yang berseloroh atas kejadian yang menimpa wanita tersebut.

Lebih merisaukan, ada yang terliur serta ingin menjadikan sotong comel tersebut sebagai bahan masakan seperti sambal sotong, tomyam dan takoyaki.

Terdahulu, MetMalaysia menjangkakan beberapa kawasan di seluruh negara akan dilanda hujan lebat dan fenomena ribut petir. Diharapkan semua pembaca kami berada dalam keadaan selamat selalu dan peka dengan maklumat serta arahan berkenaan situasi cuaca semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: @skyeess0 via TikTok

The post Santai Berenang, Sotong ‘Comel’ Ziarah Rumah Wanita Ini Ketika Dimasuki Air Pasang Besar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*