Sanusi Dituntut Beri Permohonan Maaf Kepada Vincent Tan, Berjaya Land

sanusi vincent tan berjaya land

Didakwa Buat Kenyataan Fitnah, Sanusi Dituntut Beri Permohonan Maaf Kepada Vincent Tan, Berjaya Land

Didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dituntut untuk memberi permohonan maaf kepada Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad, lapor Awani.

Difahamkan, kenyataan yang berbaur fitnah, palsu, politik, tanpa bukti, tidak berasas berhubung Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dibuat semasa acara jelajah Perikatan Nasional pada 2 Ogos lalu.

Vincent dan Berjaya Land melalui firma guaman telah mengemukakan satu surat tuntutan kepada Muhammad Sanusi pada 5 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan media Berjaya Land, ia menyatakan sekiranya Muhammad Sanusi gagal mematuhi tuntutan yang dikemukakan sebelum 8 Ogos, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, laporan polis turut dibuat terhadap Sanusi serta beberapa blogger iaitu Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan berunsur fitnah berhubung Projek SMG.

BACA: PDRM Nafi Tahan & Panggil Sanusi Sekali Lagi

Tuduhan Sanusi memburukkan imej Vincent, Berjaya Land

Menurut Vincent, kenyatan tersebut telah memburukkan namanya serta Berjaya Land.

Tidak hanya itu, tuduhan yang diberikan telah mendatangkan rasa sangsi tanpa sebab.

“Kenyataan-kenyataan fitnah ini telah mencermarkan integriti, reputasi dan imej saya serta Berjaya Land.

“Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah,” katanya.

Vincent turut menjelaskan pihaknya tidak akan memandang remeh terhadap pihak yang cuba untuk merosakkan imejnya.

Tambahnya, tindakan yang dilakukan tidak akan diambil mudah dan mereka yang terlibat mestilah bertanggungjawab atas tindakan mereka.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan yang berbaur palsu dan mencemarkan imej kami tidak akan dipandang ringan dan kami ingin pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” kata Vincent.

Sumber: Awani

BACA: Ketahui Jenis Ubat-ubatan Yang Perlu “Standby” Di Rumah Anda

The post Sanusi Dituntut Beri Permohonan Maaf Kepada Vincent Tan, Berjaya Land appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*