Satu Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Tapak Kuari Bandar Saujana Putra

tanah runtuh bandar saujana putra

Satu Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Tapak Kuari Bandar Saujana Putra

SHAH ALAM, 4 Jan (Bernama) — Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu dalam kejadian yang sama, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya terdahulu menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.32 petang dan sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas dan tiba di lokasi kejadian pada 4.54 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku tanah runtuh di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2 meter.

“Terdapat dua orang mangsa dipercayai lelaki (berusia) 30-an yang tertimbus dengan seorang telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai,” katanya.

Beliau berkata mangsa kedua yang tertimbus berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba pada 6.42 petang dan disyaki telah meninggal dunia.

Sebelum ini, seorang wanita dilapor maut selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ipoh pada pagi tadi.

Memetik Sinar Harian, mangsa yang berusia 40 tahun merupakan pemilik perniagaan maut di tempat kejadian dengan kesan tikaman senjata tajam.

Sumber: BERNAMA

The post Satu Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Tapak Kuari Bandar Saujana Putra appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*