Sayu, Gadis Ni Kongsi Keputusan SPM Di Sisi Kubur Ayah

Kongsi keputusan spm di sisi kubur

Sayu, Gadis Ni Kongsi Keputusan SPM Di Sisi Kubur Ayahnya

Semalam pada tarikh 8 Jun merupakan satu tarikh penting bagi pelajar lepasan SPM 2022 setelah berjuang menduduki peperiksaan terbesar itu pada tahun lalu.

Berdasarkan keputusan yang di umumkan KPM itu, prestasi SPM tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan dan penurunan bagi beberapa mata pelajaran berbanding SPM 2021 yang lalu.

Mata pelajaran Sejarah telah mencatatkan peningkatan prestasi paling tinggi iaitu sebanyak 0.23 mata.

Hebahan keputusan pada pagi semalam telah memperlihatkan ramai pelajar berkongsikan keputusan cemerlang mereka di media sosial.

Ada yang mengetahui keputusan tersebut melalui panggilan video yang dibuat oleh ibu bapa sementara berada di Mekah. Ada juga yang menyambut dengan gembira bersama ibu bapa semasa mendapat keputusan tersebut.

Namun tidak semua mempunyai nasib yang baik, seperti seorang gadis ini yang berkongsikan keputusan SPM nya hanya di tepi kubur arwah ayahnya.

Lebih menyedihkan, gadis itu dapat dilihat seperti berdialog sebut satu persatu keputusan setiap mata pelajaran yang diperolehinya disisi kubur tersebut.

Perkongsian yang dibuat Yusra Humaira menerusi perkongsian muat naik video di akaun TikTok @langvel.num telah berjaya mencuri perhatian.

Duduk di sisi kubur sambil memegang slip keputusan SPM

Pada awalnya gadis itu dapat dilihat duduk di sisi kubur arwah ayahnya bersama slip keputusan yang diperolehinya.

Kredit TikTok

“Bahasa Melayu dapat A+, Bahasa Inggeris dapat A+, Sejarah pun A+, Matematik dapat A je. Peliklah Matematik tak boleh nak A+, padahal Kakchik sukan Matematik kan?

“Bahasa Arab dapat A+, Addmath dapat B je, lepastu Fizik dapat A-, Kimia tak dapat A dapat B+, Biologi dapat A, Al-Quran Sunah dapat A, lepastu Syariah dapat A+. Tapi tak dapat naik pentas,” monolog Yusra Humaira disisi kubur arwah ayahnya itu.

Kredit TikTok

Perkongsian video itu telah membuatkan ramai yang menontonya tidak dapat menahan sebak.

Namun tidak dapat dipastikan apa yang telah terjadi sehingga menyebabkan ayah Yusra Humairan meninggal dunia.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen mereka dan mendoakan adik Yusra Humaira. Antara komen yang ditinggalkan ialah:

“Ayah adik bangga dengan adik. Saya dan yang lain menonton turut berbangga. Ramai yang mendoakan adik. Perjalanan di depan akan menjadi semakin sukar tapi adik kuat,” tulis seorang netizen yang memberikan semangat.

“Adik, kamu akan pergi jauh dalam hidup dan saya doakan Allah berkati adik dengan rahmat. Bangga dengan adik,” tulis seorang lagi memberi semangat.

“Tahniah adik. Kamu memang pandai, moga sentiasa berjaya dunia & akhirat,” tulis seorang lagi mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlangnya.

Kami dari SK mendoakan adik Yusra untuk terus kuat dan berjuang demi masa depan yang di impikan. Tahniah adik Yusra.

@langvel.num

Hadiah untuk ayah harini🥹 #CapCut #fyp #ayah #spm2022

♬ original sound – Yusra Humaira – Yusra Humaira

Sumber: TikTok via @langvel.num

The post Sayu, Gadis Ni Kongsi Keputusan SPM Di Sisi Kubur Ayah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*