“Season” Dulu, Lelaki Kongsi Tip Elak Kuali Baru Beli Tak Melekat Ketika Memasak

Tip kuali tak melekat

“Season” Dulu, Lelaki Kongsi Tip Elak Kuali Baru Beli Tak Melekat Ketika Memasak

Perkakasan rumah seperti pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain lagi sangat penting untuk setiap isi rumah.

Namun begitu, terdapat beberapa perkakasan rumah ini memiliki teknik atau cara tersendiri untuk digunakan.

Sebagai contoh, kuali atau periuk yang diperbuat dari besi perlu di ‘season‘ atau dicuci dengan teknik yang betul.

Justeru untuk mengetahui berkenaan teknik seasoning tersebut, mari ikuti perkongsian berkenaan teknik itu pada hari ini.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @dapoq_pdot.

Menurut lelaki itu, semua periuk atau kuali besi yang baru dibeli kena season terlebih dahulu.

Teknik itu perlu dilakukan bagi memberikan lapisan ‘coating‘ kepada kuali agar ia tidak berkarat dan melekat apabila digunakan.

Kredit TikTok

“Pertama kita akan tonyoh-tonyoh dulu permukaan kuali bagi bersih. Bilas sikit dan panaskan. Panaskan kuali sehingga bertukar keperangan atau kebiruan. Pusing kuali bagi kesemua kawasan juga menjadi panas,” jelas lelaki itu di dalam video tersebut.

Kemudian anda perlu letak sedikit minyak lalu ratakan lagi di seluruh permukaan kuali.

Langkah yang seterusnya adalah cuci kuali dengan menggunakan berus dawai tanpa sabun.

Lalu panaskan semula kuali di atas dapur dan masukkan sedikit minyak.

“Kali ini kita pakai tisu untuk tonyoh dia punya minyak. Step ini boleh ulang dua, tiga kali untuk bagi kuali lebih ‘non-stick‘,” beritahu lelaki itu lagi.

Kredit TikTok

Untuk membuktikan kuali tersebut tidak melekat, di akhir video berkenaan lelaki itu sempat menunjukkan demonstrasi dengan cara menggoreng telur.

Yang menakjubkan telur tadi tidak melekat dan ternyata teknik coating lelaki itu menjadi seperti yang diinginkan.

Kredit TikTok

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai komen daripada pengguna berkenaan perkongsian tersebut.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih untuk info dan ilmu baru,” tulis seorang netizen.

“Saya goreng beras dalam tu. Lepas tu basuh guna berus besi. Sampai sekarang tak pernah melekat,” tulis seorang lagi netizen berkongsi teknik yang berlainan.

“Dah amalkan seasoning wok ni lepas tengok Dato Rizalman buat dulu,” tulis seorang netizen yang sudah pernah melakukkan teknik itu.

@dapoq_pdot

cara bagi periuk hgpa tak melekat #caraseasonperiuk #periuktakmelekat

♬ original sound – dapoq_pdot – dapoq_pdot

Sumber: TikTok/@dapoq_pdot

The post “Season” Dulu, Lelaki Kongsi Tip Elak Kuali Baru Beli Tak Melekat Ketika Memasak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*