Selalu Ditanya “Asal Lahir Di Negeri Mana?”, Ini Respon Jojo Ghazali

lahir negeri jojo ghazali

Selalu Ditanya “Asal Lahir Di Negeri Mana?”, Ini Respon Jojo Ghazali

Atlet sukan tinju Muay Thai sedang meningkat naik, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo baru-baru ini tampil berkongsi serba-sedikit latar belakangnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi video temu bual ekslusif yang di muat naik laman Facebook Muaythai Malaysia.

Menurut Jojo, asal usul dan di negeri mana beliau lahir bukanlah satu isu yang penting.

Sebaliknya beliau menegaskan setiap kali beraksi di pentas dunia, beliau membawa nama Malaysia.

“Korang nak tahu aku sebenarnya asal dari mana? Datuk aku asal daripada Lenggong, Perak. Lepastu, bapa aku membesar di Kuala Lumpur. Sebenarnya aku ni orang Malaysia lah.

Jojo Ghazali lahir negeri mana?

“Tapi kan yang penting aku rasa, korang tak patut kisah pun aku dari mana. Daripada Perak ke, daripada Semenanjung ke, dari Sarawak ke, dari Sabah ke, dari Pulau Pinang ke. Yang penting aku orang Malaysia.

“Aku bangga jadi orang Malaysia, aku ada passport Malaysia. Kalau aku pergi fight mana-mana, aku bawa bendera Malaysia.

“Aku memang target nak naikkan nama Malaysia. Bukan nak naikkan nama negeri satu-satu, sebab aku dah fight dekat pentas dunia, aku memang nak bawa nama Malaysia.

“So untuk korang yang selalu tanya Johan dari mana, lepastu untuk orang yang selalu komen macam tahniah anak Perak ke, tahniah anak Sarawak ke. Tak payah, cakap je tahniah anak Malaysia,” kata Jojo.

Selain itu, beliau juga sempat menasihatkan orang ramai agar bersatu padu walaupun berasal daripada negeri yang berbeza.

“Kita semua patut bersatu padu tahu tak, tak kisahlah dari negeri mana yang penting aku orang Malaysia. So tak perlu tanya dah la,” akhiri Jojo dalam perkongsian tersebut.

Kena Tumbukan Padu Jojo Ghazali, Edgar Tabares Tumbang Dalam 36 Saat

Terdahulu, nama Jojo sekali lagi meniti di bibir peminat sukan tinju Muay Thai selepas dia berjaya menewaskan lawannya dari Mexico, Edgar Tabares dalam acara ONE Fight Night.

Jojo berjaya menumpaskan lawannya dengan tumbukan padu dalam tempoh hanya 36 saat sahaja di dalam gelanggang.

Dalam pertarungan singkat itu, Jojo berjaya mendaratkan beberapa tumbukan padu ke arah Edgar Tabares, 29. Tumbukan-tumbukan itu mengenai muka dan bahagian rusuk kanan Edgar.

Susulan terkena tumbukan itu, Edgar kemudiannya tidak dapat meneruskan lagi pertarungan sekaligus memberikan kemenangan secara knockout kepada Jojo.

Lebih manis, ini merupakan perlawanan sulung buat Jojo dalam aksi Primetime US. Manakala Edgar yang ditewaskannya bukan calang-calang petarung kerana beliau merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC.

BACA: Elon Musk Dilapor Salah Faham Dengan Babak Tesla Dalam Leave The World Behind

Sumber: Facebook/Muaythai Malaysia

The post Selalu Ditanya “Asal Lahir Di Negeri Mana?”, Ini Respon Jojo Ghazali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*