Selamat Tinggal TFC

Kuala Terengganu: Bekas ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meletakkan harapan tinggi agar skuad Penyu terus berdaya saing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Pengendali kelahiran Croatia itu turut mengharapkan TFC mampu bangkit dalam saingan Kejuaraan Kelab Asia Tenggara bagi merebut Piala Shopee pada musim ini.

Bagaimanapun katanya, kejayaan ingin dicapai itu memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak termasuk pemain, pihak pengurusan dan juga peminat setia skuad itu.

“Saya mengharapkan TFC terus mengorak langkah dan bangkit dalam kancah Liga M dan juga Piala Shoppe pada musim ini. Saya juga turut mengharapkan pasukan ini lebih berjaya pada masa akan datang berdasarkan potensi yang ada sebagaimana dibuktikan sebelum ini.

“Buat peminat setia, teruskan menyokong selain perlu memberi peluang kepada barisan kejurulatihan baharu membimbing pasukan,” ujar jurulatih yang lebih mesra dipanggil ‘Tommy’ itu.

Semalam Steinbruckner bersama penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic membuat kejutan apabila melepaskan jawatan dibimbingnya sejak musim lalu.

sumber: HM

Keputusan itu diambil selepas mencapai persetujuan bersama dalam perbincangan dengan pihak pengurusan TFC.