Selepas 95 Tahun, Disney Hilang Hak Cipta Mickey Mouse

mickey mouse versi terawal hak cipta

Selepas 95 Tahun, Disney Hilang Hak Cipta Mickey Mouse

Disney dilapor hilang hak cipta ke atas versi terawal karakter ikonik berbentuk tikus, Mickey Mouse.

Kini, orang awam dilapor boleh menggunakan imej Mickey dan Minnie Mouse yang muncul dalm filem pendek pertama, Steamboat Willie pada 1928.

Sungguhpun begitu, perubahan ini tidak tertakluk terhadap rekaan karakter Mickey Mouse untuk versi-versi yang lebih moden.

“Banyak versi Mickey yang lebih moden tidak akan terjejas susulan penamatan tempoh hak cipta bagi Steamboat Willie.

“Mickey akan terus memainkan peranan penting sebagai duta global bagi Syarikat Walt Disney dari segi penceritaan, tarikan taman tema dan barang dagangan.

“Sudah tentu, kami akan terus melindungi hak kami ke atas karakter Mickey Mouse versi lebih moden.

“Perkara sama juga akan dilakukan ke atas beberapa karya lain yang masih memiliki perlindungan hak cipta,” kata jurucakap Disney.

Menurut Sky News, undang-undang di Amerika Syarikat (AS) membenarkan tempoh perlindungan hak cipta selama 95 tahun.

Sebelum ini, Kongres AS sudah pun melanjutkan tempoh perlindungan sebanyak dua kali di bawah undang-undang tersebut.

Pelanjutan tersebut antara lain atas desakan banyak studio seni termasuk Disney sendiri.

Sejak itu, ada pihak yang merujuk undang-undang berkenaan sebagai Akta Perlindungan Mickey Mouse, kata Jennifer Jenkins.

Jennifer merupakan seorang profesor undang-undang dan Pengarah Pusat Kajian Domain Awam Duke.

“Tetapi, rujukan itu terlalu dipermudahkan kerana bukan Disney sahaja semata-semata yang selalu mendesak.

“Sebaliknya, semua pemegang hak cipta karya yang bakal memasuki domain awam selepas ini mendapat manfaat daripada tempoh perlindungan tambahan selama 20 tahun,” kata beliau.

Stemboat Willie, Mickey Mouse dan Disney

Steamboat Willie adalah filem pendek yang diarahkan Walt Disney bersama rakannya Ub Iwerks.

Filem ini menjadi salah sebuah animasi pertama yang memiliki sistem suara yang selari dengan visualnya.

Steamboat Willie merupakan siri animasi ketiga yang dihasilkan Disney dan Iwerks, yang mana menampilkan watak Mickey and Minnie.

Bagaimanapun, Steamboat Willie sebenarnya adalah filem Mickey Mouse pertama yang disiarkan kepada khalayak.

Secara ringkasnya, filem ini memaparkan watak Mickey, seekor tikus nakal yang sedang mengemudi sebuat bot dan menjadikan haiwan-haiwan lain sebagai alat muzik.

BACA: Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat

Sumber: Sky News

The post Selepas 95 Tahun, Disney Hilang Hak Cipta Mickey Mouse appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*