Semua Drama Cliché?  Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Semua Drama Cliché? Nanti Dulu Sebab 4 Drama Ni Ada Plot Yang Korang Tak Pernah Terfikir

Semua Drama Cliché?  Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Bayangkan korang dah bawak popcorn, siap dengan bantal busuk semata-mata nak layan drama dekat dekat TV?

Tapi, bila dah tercongok dekat depan TV, tengok-tengok jalan cerita bagi drama tu semua ‘sepesen’ je.

Mesti rasa ‘spoil’ kan? Kalaulah ada drama yang ada ‘plot twist’ atau jalan penceritaan yang ‘rare’, barulah syok nak tengok.

Jalan cerita yang ‘lain dari lain’ ni akan buatkan korang rasa tak senang duduk untuk tunggu episod baru setiap minggu, betul tak?

Betul lah orang kata, drama yang ada plotline yang best akan berikan penonton rasa ingin tahu dan buatkan diaorang sentiasa rasa teruja

Oleh sebab itu, min akan kongsikan empat drama dengan plot ‘rare’, sampaikan penonton sendiri tak sangka jalan penceritaannya boleh sampai ke arah itu.

Dalam ‘bucketlist’ ini, min akan menampilkan beberapa drama dari pelbagai negara seperti Korea, Thailand termasuklah dari tanah air kita sendiri iaitu, Malaysia.

Jadi, bolehlah korang layan drama-drama ni setiap hari atau hujung minggu, tak de lah korang rasa bosan dan berlalu begitu sahaja.

4 drama yang dimaksudkan adalah From Saga With Love, The Escape of the Seven, Doctor Detective dan The Betrayal.

Jom kita tengok sedikit ‘detail’ bagi setiap drama ni. Lepas tu, kita boleh rancang nak tengok mana dulu, ikut cita rasa masing-masing.

1. From Saga With Love

5 drama cliche

Jika kali pertama kita terbaca tajuk drama ini, korang mesti fikir ini drama dari luar negara macam Korea, Thailand dan sebagainya.

Namun, siapa sangka drama yang bertajuk ala-ala ‘international’ ini sebenarnya drama yang dihasilkan oleh orang Malaysia.

Drama tempatan yang bergenre komedi romantik ini memiliki stail ala-ala K-drama dan diarahkan oleh produser dan pengarah yang terbukti mampu menghasilkan karya yang menarik. Lagi-lagi kalau korang memang tengah cari drama yang santai untuk dilayan lepas balik kerja.

Selain itu, karya ini merupakan hasil tangan pengarah, Umi Salwana Omar yang pernah mengarahkan sebuah drama bersiri sensasi, Seribu Nina pada 2022.

Tak cukup dengan pengarah yang mantap, drama ini turut menampilkan pelakon berpengalaman, Fimie Don yang turut membintangi siri Viu Original hit, Nenek Bongkok Tiga (2023).

Bukan Fimie Don je, ada banyak lagi pelakon-pelakon lain seperti Sophia Albarakbah, Siti Khadijah Halim dan juga Ikmal Amry dalam drama ni.

Mengisahkan tentang Karma, seorang pempengaruh media sosial yang bercita-cita tinggi telah mengambil tugasan untuk menjadi jurubahasa kepada pelakon popular, Bianca Rozario semasa di Jepun.

Karma perlu melakukan apa saja demi mempertahankan kerjanya termasuk melaksanakan tugasan rahsia daripada ibu Bianca, Kathy yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca.

Jalan cerita romantik komedi ini mula menjadi rumit apabila juruvideo kepada Bianca, Bob dan juga Sham, seorang pemuda pendiam dari Malaysia yang menetap di Jepun muncul.

Jangan lupa layan episod terbaru From Saga with Love setiap hari Khamis di sini!

2. The Escape of the Seven

Drama Korea ini telah dihasilkan oleh pasukan produksi yang sama menghasilkan drama An Empress’ Dignity (2018) dan trilogi Penthouse (2020-2021) yang cukup digemari ramai. 

Kali ini, pasukan mantap tersebut telah berganding semula dalam lagi satu drama yang menampilkan plot dendam yang cukup mendebarkan penonton. 

Drama kali ini mengisahkan tujuh orang yang dipenuhi rasa tamak dan memiliki ‘cita-cita’ tersendiri terpalit dalam satu kes kehilangan seorang individu.

Kalau borak macam ni je, mesti tak syok kan? Korang boleh dapatkan mood drama ini dengan lebih kaw melalui trailer di bawah. 

Jom tonton episod terbaru The Escape of the Seven di sini

3. Doctor Detective

Semua Drama Cliché? Nanti Dulu… Ada 5 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Doctor Detective ini merupakan salah satu drama Thailand yang disiarkan baru-baru ini.

Baca je tajuk rasa macam ada vibe salah satu drama Korea, Doctor Detective yang disiarkan pada 2019.

Tetapi, drama Thailand ini bukanlah remake, sekuel, spinoff mahupun adaptasi daripada drama Korea tersebut.

Maka, penonton akan disajikan dengan jalan penceritaan dan watak-watak yang tidak pernah ditonton dalam mana-mana drama sebelum ini.

Bukan itu sahaja, drama bergenre romantik ini menampilkan gandingan pelakon ‘A-List’ Thailand, Nadech Kugimiya dan Kimberley Anne Woltemas.

Skil lakonan bagi kedua-dua pelakon serta ‘chemistry’ mereka sangat dinanti-nantikan peminat drama dalam setiap drama lakonannya.

Tonton Doctor Detective di sini.

4. The Betrayal

the betrayal world of married couple doctor foster 4 drama tak keruan

Tengok tajuk dengan poster pun, kita dapat merasakan ‘pengkhianatan’ yang dihadapi oleh watak utama, Dr. Janepitcha’s (Anne Thongprasom) yang merupakan seorang pakar psikiatri serta, seorang ibu dan isteri yang penyayang.

Untuk makluman anda, drama Thailand, The Betrayal ini merupakan drama remake daripada siri BBC iaitu, Doctor Foster (2015).

Drama tersebut telah menampilkan bagaimana isteri merungkai rahsia gelap yang disimpan oleh suaminya dan bagaimana dirinya berhadapan dengan situasi yang cukup pahit bagi setiap pasangan-pasangan yang sudah berkahwin.

Oleh itu, korang boleh mengharapkan variasi yang berbeza daripada drama The Betrayal, yang sudah semestinya tidak akan ‘mengkhianati’ jangkaan korang.

Jom layan The Betrayal di sini.

Dengan 4 drama ini, katakan tidak pada drama cliché

Banyak tak min payung? Dengan ni, tak de lah korang bosan kan.

Bila dah dapat cadangan cerita baru, mestilah kena tengok dalam kualiti video yang mantap.

Lagi syok, sesi marathon drama korang berjalan lancar tanpa ada iklan ‘menyelit’ dekat tengah-tengah cerita.

Kalau tengah ‘suspense’ atau tengah layan perasaan, tiba-tiba ada iklan kacau, sumpah kacau daun betul.

Jadi mana nak dapatkan drama-drama terkini dengan kualiti video yang cun ni?

Sudah semestinya hanya terdapat pada platform penstriman Viu sahaja.

Yang syoknya, korang boleh tengok sama ada di laman web ataupun aplikasi secara percuma.

Tapi untuk drama bersiri Viu Original dan beberapa fitur premium macam bebas iklan dan download, korang kena lah melanggan terlebih dahulu, barulah dapat layan drama dengan smooth je.

Jadi tunggu apa lagi kan? Korang dah boleh ‘book’ masa nak layan drama-drama ni dekat rumah korang.

Lagi best, kalau layan drama-drama ‘mindblowing’ ni dengan keluarga atau kawan-kawan. Boleh tengok reaksi diorang sekali, betul tak?

Jangan lambat-lambat lagi, layari laman web ataupun muat turun aplikasi mudah alih (Google Play & App Store) Viu sekarang untuk tengok drama ni pada bila-bila masa, di mana jua korang berada.

 

 

The post Semua Drama Cliché?  Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*