Seok-Jin Running Man Kembali Dalam Penggambaran

Seok-Jin Running Man Bakal Kembali Dalam Penggambaran

Siapa saja yang tidak mengenali rancangan variasi Running Man? Kalau nak diikutkan, rata-rata rakyat Malaysia pasti akan mengetahui rancangan ini.

Sebelum ini, peminat Running Man bersedih kerana Jeon So Min telah keluar daripada rancangan itu. Kemudian pada tahun lepas, keluar pula berita mengenai Seok-Jin yang mahu berehat untuk beberapa lama.

Tapi, peminat-peminat Jee Seok-Jin tak perlu bersedih lagi kerana, Seok-Jin sudah kembali dalam Running Man!

Jee Seok-Jin telah kembali dalam penggambaran rancangan tersebut selepas sebulan hiatus atas masalah kesihatan.

Sebelum ini, Seok-Jin telah mengumumkan kepada media bahawa dia akan berehat untuk sementara waktu.

Dalam kenyataannya itu, dia telah menyatakan, “Saya akan berehat untuk bina semula kekuatan fizikal saya dan akan cuba yang terbaik untuk kembali dengan versi diri saya yang lebih sihat secepat yang mungkin,”

Kenyataannya itu telah dikeluarkan melalui agensinya, ESteem Entertainment pada Disember yang lalu. Menurut mereka, Seok-Jin memutuskan untuk melalukan hiatus selepas pemeriksaan kesihatannya.

Kini, siaran SBS Korea yang menyiarkan rancangan itu mengumumkan bahawa Jee Seok-Jin telah kembali dalam penggambaran pada Isnin, 17 Januari 2024.

Menurut siaran itu, episod yang akan memaparkan kehadiran Seok-Jin itu akan ditayangkan pada 28 Januari 2024.

Kalau ada yang rindu nak tengok gelagat Seok-Jin, bolehlah tengok episod itu bila ditayangkan nanti!

BACA JUGA: Cubaan Kalahkan Rekod Dunia, Wanita Ini Menyanyi 126 Jam

Kalau nak diikutkan, kebanyakan pegawai penyiaran menanggarkan bahawa peserta Running Man itu akan kembali pada bulan Februari, tetapi sebaliknya, Jee Seok-Jin telah kembali lebih awal dari yang dijangkakan.

Sekadar informasi tambahan, ahli Running Man itu telah menerima anugerah Producers’ Award dalam SBS Entertainment Awards 2023.

Dalam majlis anugerah yang sama, rancangan variasi Running Man telah memenangi anugerah Program of the Year melalui undian penonton.

Selain itu juga, ahli Running Man Kim Jong-Kook dan Yang Se-Chan masing-masing telah memenangi anugerah Most Viewed Hot Clip Award dan Scene Stealer Award.

Sumber: CNA Lifestyle

The post Seok-Jin Running Man Kembali Dalam Penggambaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*