Seteru Al Nassr Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi, Perli Perpindahan Ronaldo

Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi

Seteru Al Nassr Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi, Perli Perpindahan Ronaldo

Seteru hebat kelab Al Nassr dilaporkan menambah stok jersi Lionel Messi sebagai tindak balas kepada perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab berkenaan.

Berdasarkan laporan Sport Bible, Ronaldo tiba ke Timur Tengah selepas menandatangani kontrak selama dua tahun setengah bersama kelab Al Nassr yang kini menduduki tangga teratas dalam Liga Pro Saudi.

Ronaldo merupakan pemain yang tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan dengan persetujuan bersama dia dan kelab tersebut.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kini Ronaldo terikat dengan kontrak bernilai USD 173 juta (RM 754 juta) bagi setiap musim termasuk dengan bayaran komersial.

Peminat Al Nassr dikatakan teruja untuk melihat aksi pemain sensasi itu dan turut melaungkan ‘Ronaldo dan Siu’ pada minit ketujuh sewaktu perlawanan terakhir mereka menentang kelab Al Khaleej.

Walau bagaimanapun, kehadiran Ronaldo telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada seteru hebat Al Nassr.

Kelab Al Hilal dilaporkan bertindak balas dengan menjual baju ‘Messi 10’ di kedai kelab tersebut.

Gambar baju Messi yang berwarna biru Al Hilal telah tersebar di media sosial. Penyebaran gambar berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat bola sepak.

Ronaldo dan Messi pemenang Ballon d’Or sebanyak 12 kali mungkin akan mempunyai peluang untuk perlawanan terakhir selepas Paris Saint-Germain akan bermain menentang gabungan XI antara Al Nassr dan Al Hilal menerusi perlawanan persahabatan pertengahan musim.

Kredit Alamy

Pengurus Al Nassr, Rudi Garcia dalam satu kenyataannya sempat bergurau bahawa dia mahu menandatangani Messi sebelum pada akhirnya memilih Ronaldo.

“Mula-mula saya cuba mengambil Messi,” kata bekas pengurus Roma dan Lyon itu.

Ronaldo buat pertama kalinya telah keluar daripada liga Eropah dan kontrak terbarunya termasuk dalam klausa di mana dia akan berkhidmat sebagai duta untuk bidaan Piala Dunia 2030 di Arab Saudi.

Sumber: Sport Bible

The post Seteru Al Nassr Jual Jersi Messi Di Kedai Rasmi, Perli Perpindahan Ronaldo appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*