Siapa Sebenarnya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud? 

siapa taib mahmud

Siapa Sebenarnya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud? 

Nama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia politik di Malaysia, khususnya di negeri Sarawak.

Hal ini kerana, beliau memiliki pengaruh yang besar dalam arena politik di negeri Bumi Kenyalang lebih dari tiga dekad.

Oleh sebab itu, nama Taib Mahmud adalah antara individu yang berpengaruh serta membawa perubahan besar terhadap negeri tersebut.

Beliau telah dilahirkan di bandar Miri pada 21 Mei 1936 dalam sebuah keluarga bangsawan. Dengan ini, Taib Mahmud merupakan antara ahli politik veteran dengan tempoh pekhidmatan yang agak panjang.

Berusia 88 tahun, beliau setahun lebih tua berbanding bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Manakala, beliau berusia 11 tahun lebih muda berbanding mantan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Pehin Sri Taib Mahmud merupakan seorang yang bijak dalam akademik

Kecemerlangannya dalam bidang akademik terserlah apabila beliau dianugerahkan biasiswa Colombo Plan untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Adelaide Australia.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau merupakan seorang yang memiliki semangat patriotisme sebagai anak jati Sarawak.

Perkara ini terserlah apabila beliau sendiri menolak tawaran untuk berkerja sebagai hakim. Sebaliknya, Tun Taib membuat keputusan untuk kembali ke negeri kelahirannya untuk berkhidmat sebagai seorang pendakwa raya.

Kemudian, beliau telah mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi individu termuda yang mengangkat sumpah sebagai seorang Menteri pada 1963.

Beliau telah menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri pada 22 Julai 1963, iaitu ketika beliau baru sahaja berusia 27 tahun.

18 tahun kemudian, Taib Mahmud telah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat pada 16 Mac 1981. Ketika dilantik sebagai salah seorang individu tertinggi dalam pentadbiran Sarawak, Taib Mahmud berusia dalam lingkungan 45 tahun.

Digelar Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak

tun taib mahmud siapa
Kredit: Bernama

Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun.

Dengan tempoh perkhidmatan yang mencecah tiga abad ini, Taib Mahmud merupakan Ketua Menteri Sarawak yang paling lama bekhidmat dalam sejarah Sarawak.

Beliau juga dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang Ketujuh pada 1 Mac 2014 dan berkhidmat selama hampir 10 tahun. Beliau telah meletakkan jawatan pada 26 Januari 2024 dan diganti dengan Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sepanjang perkhidmatannya di bumi  Sarawak, beliau telah mengutamakan pembangunan dan kemakmuran Sarawak.  Menurut UKAS, Taib Mahmud telah mendapat gelaran sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.

Sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran telah diketepikan demi menjamin pembangunan ekonomi di negeri kelahirannya.

Hasil daripada visinya, kadar kemiskinan di Sarawak telah berjaya dikurangkan daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.

Di bawah kepimpinannya, Sarawak telah mengalami perubahan yang mendadak termasuk dari aspek politik, ekonomi dan kebudayaan, lapor UKAS.

Hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat telah membolehkannya mendapat sokongan dan tenaga untuk membangunkan infrastruktur di sana.

Taib Mahmud juga menitikberatkan pendidikan dengan mengetengahkan usaha membawa masuk kampus universiti dari luar negara, khususnya negara Barat dan Australia ke Sarawak.

Usaha ini adalah untuk memastikan anak Sarawak mendapat peluang pendidikan yang cerah, di samping merapatkan jurang ketidaksamaan antara kelas ekonomi keluarga miskin dan kaya.

BACA: Eskalator Rosak Tak Dibaiki, Pengguna Letak Kalung Bunga Tanda “Berkabung”

Sumber: UKAS

The post Siapa Sebenarnya Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud?  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*