“Step” Pertama Sebelum Ijab Kabul, Ini Cara Isi Borang Kebenaran Berkahwin

cara isi borang berkahwin

“Step” Pertama Sebelum Ijab Kabul, Ini Cara Isi Borang Kebenaran Berkahwin

Berkahwin adalah satu amalan yang digalakkan dalam Islam kerana dapat meraikan cinta dengan cara yang halal dan diredai Allah S.W.T.

Maka, kebanyakan pihak dianjurkan untuk memudahkan proses pernikahan bagi menjamin kesejahteraan umat Islam di dunia.

Salah satu kemudahan yang ditawarkan kepada umat Islam di Malaysia adalah membuat permohonan perkahwinan secara atas talian.

Permohonan boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM), sebuah sistem di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk makluman, borang SPPIM ini hanya boleh digunakan bagi perkahwinan yang didaftarkan di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Selangor dan Terengganu.

Bagi pengisisan borang, hanya salah seorang daripada bakal pasangan pengantin sahaja yang diperlukan untuk menghantar borang nikah ini di Pejabat Agama Islam berdekatan tempat masing-masing.

“Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM, “antara syarat yang ditetapkan dalam sistem.

Selain itu, pemohon juga perlu memastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan. Manakala, Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk terhadap alamat tempat tinggal pemohon.

Jangan risau jika tak tahu nak buat apa-apa pasal proses kahwin, ikutilah langkkah di bawah.

1. Pemohon boleh mengakses borang SPPIM menerusi pautan ini. Semasa mengisi borang ini, anda perlu memberikan beberapa maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat pada kad pengenalan, alamat emel, tarikh nikah, alamat tempat nikah serta masjid/pejabat agama kariah berdekatan.

Selain itu, anda perlu mengisi pada bahagian gaji, alamat tempat kerja, nombor telefon tempat kerja dan jawatan anda.

Bagi pengantin perempuan, anda perlu mengisi maklumat wali seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, hubungan, berserta tarikh nikah bagi kedua ibu bapa.

Pada bahagian HIV pula, boleh dibiarkan dahulu dan klik pada bahagian ‘Submit’. Selepas selesai mengisi borang tersebut, sistem akan menunjukkan status borang permohonan masih dalam proses menunggu kelulusan.

2. Pastikan dokumen mencukupi dengan menyediakan senarai ‘checklist‘ agar tiada satu pun dokumen yang terlepas pandang. Buat salinan fotostat bagi beberapa dokumen yang diperlukan, sebaik-baiknya lebih dari satu salinan.

Hadiri kursus kahwin dan jalani ujian HIV

permohonan perkahwinan orang islam atas talian ujian hiv
Kredit: Astro Awani

3. Bagi sesiapa yang masih belum menghadiri kursus kahwin ataupun sijil kursus kahwin sudahpun luput, anda boleh berbuat sedemikian sebelum menghantar borang permohonan kahwin ke pihak berkenaan.

4. Selepas selesai menghadiri kursus kahwin dan mendapat sijil, anda boleh mengadakan janji temu di klinik kesihatan ataupun hospital berdekatan bagi menjalani ujian HIV. Keputusan HIV hanya sah dalam masa enam bulan, jadi dinasihatkan untuk mengambil ujian lebih awal.

5. Dapatkan pengesahan pemastautin, jika alamat tempat tinggal terkini tidak sama dengan alamat yang tertera pada kad pengenalan anda.

Anda perlu meminta pengesahan dari pihak berkuasa seperti penghulu/ ketua kampung. Ketika bertemu pegawai agama, bawa sekali bil air/elektrik dan sebaik-baiknya, isi borang yang membuktikan anda seorang permastautin di sana.

Bagi mendapatkan status pemastautin, anda perlu menetap di kawasan berkenaan sekurang-kurangnya enam bulan ke atas.

6. Anda juga digalakkan untuk mengambil gambar untuk kad nikah. Jika anda mahu menggunakan gambar pasport anda, tidak menjadi satu masalah.

Bagi kad nikah, pasangan hanya dibenarkan untuk mendapatkan kad nikah selepas tiga bulan dari tarikh akad nikah. Anda pun sebenarnya boleh mengambil pasport di pejabat agama berkenaan.

7. Apabila selesai segala urusan berkaitan pendokumentasian, masukkan semua dokumen dan salinan yang berkenaan ke dalam fail.

Asingkan fail bagi dokumen milik bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Jika kedua-dua bakal pasangan tinggal di kariah yang berbeza, anda perlu menunggu kelulusan daripada pejabat agama di kariah pengantin lelaki terlebih dahulu.

Soalan berbangkit berkenaan proses permohonan perkahwinan

1. Susunan wali

Bagi sesiapa yang masih keliru untuk menentukan siapa wali yang boleh menikahkan pengantin perempuan, berikut merupakan susunannya.

Jika bapa bagi pengantin perempuan masih hidup, maka bapa merupakan wali bagi perkahwinan anda. Jika bapa penganti perempuan sudah pun meninggal dunia, anda perlu menyediakan salinan surat kematian bapa sewaktu menghantar dokumen kepada pihak berkenaan.

Jika datuk kepada pasangan perempuan masih hidup, datuk boleh menjadi wali bagi perkahwinan selepas bapa. Jika datuk pun sudah tiada, sediakan salinan dokumen yang sama seperti dinyatakan sebelum ini.

Jika kedua-duanya sudah tiada anda boleh menjadikan ahli keluarga anda sebagai wali berdasarkan turutan yang ditetapkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

2. Bagaimana jika kedua ibu bapa telah bercerai?

Apa yang perlu dilakukan jika ibu bapa anda telah pun bercerai adalah menyediakan surat nikah/surat perceraian ibu bapa.

Kalau surat nikah/cerai hilang, anda perlu membuat cabutan di pejabat agama yang mendaftarkan perkahwinan ibu bapa anda.

Pastikan anda menghubungi pejabat agama berkenaan terlebih dahulu bagi memastikan rekod itu masih wujud atau sebaliknya. Jika tiada, anda perlu membuat permohonan kepada pihak mahkamah.

BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh

Sumber: itsmemeera via X

The post “Step” Pertama Sebelum Ijab Kabul, Ini Cara Isi Borang Kebenaran Berkahwin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*