Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

turkiye seperti medan perang

Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Banyak bangunan dilaporkan musnah, keadaan di Turkiye kini tak ubah seperti di medan perang. Dalam keadaan sisa runtuhan bangunan  yang ranap menyembah ke bumi, pasukan penyelamat kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

Bencana alam sememangnya sesuatu yang tidak boleh dijangka. Di Turkiye hari ini, penduduk negara tersebut dikejutkan dengan satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud serta gempa susulan 15 minit kemudian.

Susulan bencana itu, ia sekelip mata telah mengubah pemandangan bandar dan kawasan kediaman di situ tidak ubah seperti sebuah medan perang.

Apa yang dapat dilihat hanyalah runtuhan-runtuhan bangunan di sekeliling. Tidak boleh dibayangkan bagaimana kejadian itu sewaktu penduduk masih lagi lena dibuai mimpi.

Menerusi hantaran-hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter mendapati kebanyakan lokasi yang terlibat hampir musnah sepenuhnya.

 

Dalam klip-klip video tersebut, orang ramai turut kelihatan berkeliaran di kawasan runtuhan. Persekitaran udara juga dipenuhi dengan debu-debu runtuhan.

Sementara itu, pasukan penyelamat juga bertungkus-lumus mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Turut dikerahkan adalah jentera menyelamat bagi memudahkan proses pencarian mangsa gempa bumi di sekitar lokasi.

Berikut merupakan beberapa klip video yang dikongsikan oleh warganet di laman Twitter.

Difahamkan, lebih 100 orang telah dilaporkan terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di Turki termasuk Syria, lapor AFP.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Syria dalam satu kenyataan turut memaklumkan seramai 111 kematian dicatatkan manakala 516 cedera di wilayah Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus.

Bagaimanapun, angka kematian itu dijangka meningkat susulan misi menyelamat masih dijalankan.

Difahamkan, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda negara berkenaan turut menjejaskan Syria. Ia dapat dirasakan sehingga ke kepulauan Cyprus dan Mesir.

BACA JUGA: Pentagon Dakwa Belon Pengintip China Berada Di Ruang Udara AS

Manakala gempa susulan pula berukuran 6.7 pada skala Ritcher berlaku 15 minit kemudian.

Terdahulu, gempa bumi paling teruk dicatatkan Tukri adalah pada tahun 1999 di Duzce sejak beberapa dekad lalu.

Gempa tersebut berukuran 7.4 pada skala Richter dan telah mengorbankan lebih 17,000 orang termasuk kira-kira 1,000 orang di Istanbul.

Selain itu, gempa bumi berukuran 6.8  pada skala Ritcher telah melanda Elazig pada tahun 2020. Lebih 40 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.

Manakala pada Oktober tahun yang sama, satu lagi gegaran dicatatkan dengan bermagnitud 7.0 pada skala Ritcher di Laut Aegan yang membunuh 114 orang dan lebih 1,000 orang cedera.

Sumber: Twitter, AFP

The post Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*