Suhu Di Greenland Kini Dilapor Terpanas Dalam Tempoh 1,000 Tahun, Giatkan Pencairan Ais

Greenland Catat Peningkatan Suhu Sejak 1,000 Tahun

Suhu Di Greenland Kini Dilapor Terpanas Dalam Tempoh 1,000 Tahun, Giatkan Pencairan Ais

Greenland merupakan salah satu kawasan paling sejuk di bumi kini dipercayai telah mengalami suhu paling panas dalam tempoh 1,000 tahun.

Lokasi yang menjadi ‘penempatan’ beberapa bongkah ais kedua terbesar di dunia itu semakin terdedah dengan perubahan iklim yang berterusan sehingga menyebabkan berlaku pencairan ais dan peningkatan paras air laut.

Difahamkan, penemuan bongkah ais yang mempunyai gelembung udara yang terperangkap di dalamnya mendedahkan keadaan iklim semasa air.

Bagi menentukan bagaimana iklim di rantau itu telah berubah dari semasa ke semasa, para saintis telah menggerudi ais di utara-tengah Greenland yang menjadi salah satu kawasan paling sejuk dan banyak bongkah ais.

Gambar: Pixabay

Hasil kajian menunjukkan suhu purata di kawasan itu mencapai 1.5 darjah Celsius dan tidak mustahil ia berkemungkinan melonjak lebih tinggi dalam tempoh sedekad atau lebih.

Penemuan itu didedahkan dalam kajian terbaharu yang diterbitkan dalam Jurnal Nature pada Rabu yang menjelaskan Greenland mengandungi bongkah ais tertua di dunia dan ia telah beku selama beratus-ratus tahun atau ribuan tahun.

Wilayah itu telah mula menunjukkan tahap kebolehupayaan yang tinggi dalam perubahan suhu walaupun selama bertahun-tahun suhunya mencatatkan rekod yang rendah.

BACA JUGA: (Video) Ais Mencair Semakin Pantas, 32 Saintis Dihantar Untuk Siasat ‘Glasier Kiamat’ Di Benua Antartika

Tambahan lagi, dalam kajian baharu ini menemukan petanda yang tidak jelas tentang pemanasan global oleh manusia di kawasan itu sejak beradad-abad lalu.

Greenland Catat Peningkatan Suhu Sejak 1 000 Tahun
Gambar: Pixabay

Ahli Glasierlogi di Institut Alfred Wegener, Pusat Helmholtz, Maria Hörhold berkata dia sudah menjangka isu ini bakal terjadi namun tidak membayangkan akan menjadi sangat teruk.

“Walaupun dijangka berlaku akibat pemanasan global namun kami terkejut bagaimana ia menunjukkan perbezaan yang ketara,” katanya.

Tambahnya, kajian ini turut mendapati bahawa jumlah air  yang cair daripada pencairan ais telah semakin meningkat di utara-tengah Greenland akibat peningkatan suhu.

Walaupun masih kurang jelas tentang pencairan ais dengan penemuan suhu itu namun para penyelidik menyifatkan kadar pencairan seperti itu tidak pernah terjadi dalam tempoh 1,000 tahun yang lalu.

Sejak kebelakangan ini, saintis lebih menfokuskan kajian di sekitar kawasan yang terjejas dan mendapati beberapa kawasan menunjukkan suhu yang tinggi dan suhu paling rendah di Greenland.

Greenland Catat Peningkatan Suhu Sejak 1 000 Tahun
Gambar: Pixabay

Greenland telah menyaksikan beberapa pencairan ais yang memecahkan rekod dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk pada tahun 2019 dan 2012.

Perkara ini mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan paras air laut global akibat pencairan ais.

Terdahulu, hujan buat kali pertama direkodkan di stesen penyelidikan Greenland’s Summit pada Ogos 2021. Perkara itu menyebabkan suhu jatuh dengan mendadak sehingga salji sahaja yang kelihatan.

Hujan di Greenland tersebut merupakan peristiwa terbesar yang terjadi di kawasan ais itu.

Sumber: Scientific American

The post Suhu Di Greenland Kini Dilapor Terpanas Dalam Tempoh 1,000 Tahun, Giatkan Pencairan Ais appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*