Suhu Purata Cecah 17.01 Celcius, 3 Julai Direkod Hari Paling Panas Dunia

3 julai hari paling panas

Suhu Purata Cecah 17.01 Celcius, 3 Julai Direkod Hari Paling Panas Dunia

AMERIKA SYARIKAT — Isnin, 3 Julai 2023 menjadi hari paling panas pernah direkodkan di seluruh dunia, lapor The Guardian.

Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi data yang diperolehi.

Suhu Global Paling Panas

Difahamkan, purata suhu global mencecah 17.01 Celsius (62.62 Fahrenheit), melepasi rekod Ogos 2016 iaitu 16.92 Celsius (62.46 Fahrenheit), ketika gelombang panas melanda seluruh dunia.

Menurut pakar, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Amerika Syarikat Selatan mengalami gelombang haba ekoran cuaca panas melampau akibat krisis iklim.

Di bahagian China, gelombang haba dilaporkan terus berlaku secara berterusan dengan suhu melebihi 35 Celsius (95 Fahrenheit).

Manakala Afrika Utara menyaksikan kawasan itu mencapai suhu 50 Celsius (122 Fahrenheit).

Dalam masa yang sama di Timur Tengah, ribuan jemaah haji terpaksa berpanasan di bawah panas terik di Arab Saudi.

Bukan sahaja itu, Antartika juga mencatatkan suhu tinggi yang tidak normal. Perubahan itu jelas apabila glasier di benua kawasan tersebut semakin cair dengan pantas dan suhu matahari semakin meningkat.

 suhu global paling panas
Gambar: Philippe Huguen / File / AFP

Pangkalan penyelidikan Vernadsky Ukraine, di Kepulauan Argentina memaklumkan baru-baru ini lokasi di benua beku itu mencatatkan rekod suhu Julai dengan bacaan 8.7 Celsius (47.6 Fahrenheit).

BAC JUGA: Saintis Beri Amaran, Suhu Global Meningkat 0.2 Darjah Celsius Setiap Dekad

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Perikatan Iklim dan Kesihatan Global yang berpangkalan di California, Jeni Miller berkata, seluruh penduduk di bumi sudah mula terkesan dengan kesan iklim ini.

“Orang ramai di seluruh dunia sudah pun mula mengalami kesan iklim. Bermula dari gelombang haba, kebakaran hutan dan pencemaran udara kepada banjir sehingga ribut yang melampau.

“Pemanasan global juga memburukkan lagi keadaan dengan kehilangan tanaman dan penyebaran penyakit berjangkit, serta penghijrahan.

“Pengeluaran dan penggunaan arang batu, minyak dan gas merupakan pemacu utama pemanasan dan tidak serasi dengan masa depan iklim yang sihat. Bahkan ia juga membahayakan kesihatan manusia.

“Oleh itu, kerajaan mesti siap sedia untuk menyampaikan komitmen pada Cop28. Ia bagi menghapuskan semua bahan api fosil secara berperingkat, dan peralihan yang adil kepada tenaga boleh diperbaharui untuk semua,” katanya.

Gambar: AFP

Dalam pada itu, Saintis iklim dari Institut Grantham, Friederike Otto berkata hukuman perlu dikenakan terhadap sesiapa yang merosakkan ekosistem.

“Ini adalah hukuman mati bagi manusia dan ekosistem.” maklum Friederike .

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan amaran pada minggu lalu berhubung corak cuaca El Niño yang bakal berlaku minggu ini.

Pada 2016 merupakan tahun paling panas direkodkan sehingga ke hari ini ekoran El Niño yang melanda.

Sumber: The Guardians

The post Suhu Purata Cecah 17.01 Celcius, 3 Julai Direkod Hari Paling Panas Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*