‘Suis Pemati’ Akan Digunakan Dalam Konsert Coldplay Malam Ini – Fahmi

suis pemati konsert Coldplay

‘Suis Pemati’ Akan Digunakan Dalam Konsert Coldplay Malam Ini – Fahmi

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Suis pemati (kill switch) akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert itu.

“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.

“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar dalam Era 5G, di sini hari ini.

Suis pemati berfungsi untuk menghentikan secara tiba-tiba sesuatu penganjuran konsert yang melanggar garis panduan ditetapkan.

BACA: Jaga Tatasusila, Jangan Lakukan Provokasi Semasa Konsert Coldplay – Polis

Dalam pada itu, Fahmi turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam yang akan beroperasi sehingga lewat malam ini bagi memudahkan pergerakan lalu lintas.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin selain bimbang insiden tidak senonoh yang dilakukan kumpulan pop rock, dikenali sebagai The 1975 pada Julai lalu, mungkin berulang.

Konsert kumpulan Coldplay dari British di Bukit Jalil malam ini, adalah sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

Sumber: BERNAMA

The post ‘Suis Pemati’ Akan Digunakan Dalam Konsert Coldplay Malam Ini – Fahmi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*