Suspek kes rompak dan bakar rumah ditahan di ladang Sg. Koyan

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes rompak dan bakar dua buah rumah kedai di Felda Tersang 1 di sini kelmarin.

RAUB – Suspek yang merupakan generasi kedua Felda Tersang 1 itu dikatakan mempunyai 10 rekod lampau kesalahan dadah dan empat rekod lampau kesalahan jenayah.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek yang berusia 50 tahun ditahan di kawasan ladang Sg. Koyan di Lipis dalam satu serbuan oleh pasukan polis pada pukul 7.15 petang semalam.

“Berdasarkan maklumat awam sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub, Balai Polis Cheroh dan pasukan D9 Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kuantan telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan sehingga mendatangkan cedera serta khianat dengan api di Felda Tersang.

“Ketika tangkapan dibuat suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kama Azural suspek yang merupakan seorang penganggur akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi polis meneruskan siasatan terhadap suspek.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah beg, wang tunai berjumlah RM1,420, dan barang kemas termasuk tiga utas gelang tangan emas.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang perompak bertindak kejam apabila bukan hanya membelasah seorang pekerja sebuah kedai runcit sehingga mangsa nyawa-nyawa ikan, malah turut membakar premis berkenaan ketika mangsa di dalam premis itu dalam kejadian di Felda Tersang 1 di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa yang merupakan wanita warga Indonesia turut dicampak ke dinding dan lantai selain lehernya dijerut, manakala tangannya diikat menggunakan pita pelekat.

Bagaimanapun wanita berusia 40 tahun itu bernasib baik apabila dia terselamat daripada mati rentung kerana sempat menyelamatkan diri dengan keluar daripada kedai yang terbakar itu.-KOSMO! ONLINE

BACA: Remaja dakwa dirogol penceramah bebas (Ustaz) sejak Mei 2021

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*