Syamsul Yusof tenang, mohon doa filem terbaharu

PETALING JAYA – Biarpun diduga dengan krisis rumah tangga bersama dua isteri iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar, pengarah sensasi, Syamsul Yusof tetap tenang bekerja menjalani penggambaran projek filem terbahaharu, The Original Gangster.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof menerusi satu muat naik video dalam Instagram mengharapkan doa daripada orang ramai untuk menyokong filem tersebut.

Shooting time. Doakan. The Original Gangster,” ujar Syamsul ringkas.

Dalam video terbabit, dilihat Syamsul, 39, sedang bekerja keras menyiapkan filem tersebut bersama pasukannya termasuk anak lelaki legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat.

“Dengar cerita awak menang kes (mahkamah). Alhamdulillah. Hai semua, kalau kalian tak tahu, ini (lelaki dalam video) adalah anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Al-Fatihah,” kata Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu.

The Original Gangster dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Syamsul merupakan pengarah filem terlaris sepanjang zaman Malaysia menerusi karya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencatat kutipan panggung RM97 juta di pawagam pada tahun lalu.

Isnin ini, isteri pertamanya, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu memuncak apabila Syamsul akhirnya mengakui sudah bernikah dengan isteri kedua, Ira Kazar berwalikan bapa pengantin perempuan tersebut di Thailand, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

The post Syamsul Yusof tenang, mohon doa filem terbaharu appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*