Syarat Mewah Jika Nak Zuriat, Seorang Anak Kena Bagi RM1.3 Juta

Wanita minta RM1.3 juta

Syarat Mewah Jika Nak Zuriat, Seorang Anak Kena Bagi RM1.3 Juta

Seorang isteri kepada jutawan Dubai dilapor telah mendedahkan prasyarat mewahnya dengan suami sebelum bersetuju untuk memiliki zuriat.

Pendedahan prasyarat itu dibuat Soudi Al Nadak, 26, menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, @soudiofarabia.

Wanita itu dilapor merupakan isteri kepada seorang jutawan terkenal, Jamal Al Nadak, 32, yang berasal dari sebuah negara di Timur Tengah.

Menurut Daily Mail, Soudi mendedahkan bahawa dia meletakkan lebih daripada satu syarat sekiranya si suami merancang mahukan cahaya mata.

“Sebelum saya hamilkan zuriat kepada suami, kami telah berbincang tentang beberapa syarat.

“Syaratnya, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad bank suami saya jika berlaku sebarang kecemasan.

Syarat mewah jika mahukan zuriat, seorang anak bersamaan RM1.3 juta

“Saya memberitahu Jamal bahawa setiap bayi, dia perlu sediakan $300,000 (RM1.38 juta) kepada saya.

“Duit berkenaan untuk semua kos seperti sesi terapi seperti fisioterapi, latihan peribadi, akupunktur dan urutan,” katanya.

Menurut Soudi, semua perkara di atas adalah satu keperluan supaya tubuhnya dapat segera pulih dan kembali sihat.

Kredit Soudiofarabia

Syarat-syarat lain yang ditetapkan sekiranya hamil

Selain itu, Soudi turut berkongsi kandungan syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi suaminya jika mahukan zuriat.

Antaranya membelikan dia cincin, beg tangan mewah jenama Birkin dan sebuah kereta.

Selain itu, dia juga meletakan syarat bahawa dia tidak mahu bekerja dan perlu mengadakan satu majlis sambutan apabila bayi dalam kandungan dilahirkan.

Menurut Daily Mail, Soudi dan Jamal bertemu buat pertama kali pada tujuh tahun lepas ketika mereka berdua menuntut di sebuah universiti.

Pasangan itu kemudian mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, tiga tahun lalu.

Kedua-duanya dilapor menetap di Dubai dan menikmati gaya hidup mewah di sana.

Terdahulu, Soudi sering mencuri tumpuan media apabila sering berkongsi kisah hidupnya sebagai isteri kepada seorang jutawan.

Pasangan ini juga pernah tular di media sosial selepas menetapkan senarai peraturan yang unik dalam perhubungan mereka.

Antaranya mereka tidak boleh berkawan dengan individu jantina berbeza dan tidak menyembunyikan kata laluan peranti masing-masing.

Selain itu, mereka berdua juga perlu memaklumkan keberadaan masing-masing jika tidak bersama dalam satu-satu masa.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

@soudiofarabia

Its the least he could do right? #dubai #millionaire #ksa #fyp

♬ MONACO – Bad Bunny

Sumber: Daily Mail

The post Syarat Mewah Jika Nak Zuriat, Seorang Anak Kena Bagi RM1.3 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*