Tak Perlu Risau Makanan Rosak, Ketahui Apa Itu Teknologi “Retort”

apa itu teknologi "retort"

Tak Perlu Risau Makanan Rosak, Ketahui Apa Itu Teknologi “Retort”

Seperti yang diketahui, industri perniagaan kini banyak menggunakan sistem penghantaran dan ia semakin berkembang pesat. Pelbagai barangan daripada pelbagai sektor dapat dihantar hingga hampir ke seluruh pelusuk dunia.

Pun begitu bagi, sektor pemakanan terdapat kekangan dari segi ketahanan. Lebih-lebih lagi makanan yang telah dimasak. Jadi bagaimana peniaga mahu mengatasi masalah ini?

Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian Mastura Fuad mengenai retort dan tip penghantaran makanan di bawah ini.

Retort Dan Tip Penghantaran Makanan Untuk Retort Bagi Individu

Gambar: Mastura Fuad

Retort adalah salah satu cara untuk awet makanan dengan cara yang selamat. Makanan yang dimasak sendiri tanpa bahan pengawet mampu bertahan sehingga 2-3 tahun dengan menggunakan pouch khas dan disterilekan pada suhu yang tinggi bagi mematikan segala jenis bakteria di dalam makanan.

Alhamdulillah, terdapat banyak pusat-pusat retort di seluruh negeri yang mudah didapati sekarang ini tanpa kita perlu membeli mesin retort yang berharga ribu riban!

Boleh je nak beli sendiri bagi yang mampu, tapi bila dah beli, risau je jadi gajah duduk pun satu hal kan. Better guna je la perkhidmatan retort yang available yang berdekatan di tempat masing-masing. Pouch retort disediakan oleh pusat retort. Kita hanya hantar makanan yang kita dah masak sahaja. 

BACA: Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Perkhidmatan retort yang available di pusat-pusat retort ada dua jenis samada individu atau komersial. Harga juga berbeza setiap satu paket mengikut kategori.

Individu adalah bagi mereka-mereka yang simpan makanan untuk kegunaan sendiri bagi food storage, travel, camping dan lain-lain.

Kalau nak faham retort ni paling simple nak tengok adalah seperti Brahim Food, ration tentera dan mana-mana makanan yang telah dimasak dan di paketkan dalam paket silver color dijual secara komersial, itu lah makanan yang telah di retort.

Apakah makanan yang sesuai untuk di retort?

Segala jenis makanan termasuk ikan, daging, ayam dan seafood. Tetapi semua jenis di atas, pastikan menggunakan daging fillet iaitu tanpa tulang dan kulit keras contoh udang. Kerana retort akan disterile dengan menggunakan suhu yang tinggi. Jadi kalau ada tulang dalam pouch tu, tulang akan meletup dan menyebabkan pouch bocor.

Gambar: Mastura Fuad

Sayur 

Boleh menggunakan jenis-jenis sayuran yang keras seperti kentang, carrot dan lain-lain. Sayur-sayuran hijau daun dan lembik tidak digalakkan, memang akan hancur.

Tips: Bila masak makanan yang ada kentang atau carrot dalam laukknya contoh seperti kari, dal dan lain-lain, pastikan masak kentang dan carrot tu separuh masak sahaja jangan sehingga empuk ketika di rumah. Nanti kentang dan carrot tu akan lembut dan empuk ketika proses retort dilakukan kerana menggunakan suhu yang tinggi.

Berapakah bungkusan atau berat makanan untuk retort yang perlu kita sediakan setiap kali penghantaran ? Untuk individu, setiap satu cycle retort adalah untuk 27 paket retort.

BACA JUGA: Tiga Lagi Geng Upik Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah – TKPN

Setiap satu slot cycle retort adalah 27 bungkus untuk dimuatkan dalam satu mesin retort. Maknanya bila kita book satu slot retort, memang mesin retort akan berjalan hanya untuk makanan kita sahaja, so kalau hantar kurang makanan tu, tak sampai untuk 27 paket, rugilah, kita tetap kena bayar harga untuk satu cycle slot retort.

Setiap satu paket retort beratnya adalah 250gm. Boleh je masukkan makanan yang kita dah masak dalam satu bungkus atau 1 bekas besar untuk makanan yang nak diretort. Kemudian di kilang, staff retort akan bahagi-bahagikan pada setiap paket dengan setiap satu 200-250gm (kita pesan dan setkan siap-siap nak berapa berat)

Tapi saya tak berapa suka masukkan dalam satu bekas sahaja sebab saya tak dapat nak agak. Kalau tak cukup, rugilah kerana kita tetap kena bayar harga yang sama untuk satu cycle.

So saya masukkan dalam bekas dan timbang dirumah siap-siap setiap dalam satu bekas tu memang dah 250gm (seperti dalam gambar). More effort sikitlah tapi tak pening kepala nanti risau, cukup ke tak, kan?

Satu cycle tu boleh hantar berapa jenis makanan? Ni terpulang pada individu. Kalau jenis rajin nak masak 27 jenis lauk pauk atau nasi, silakan.

BACA JUGA: Konsesi ERL Dilanjutkan 30 Tahun, Tambang Ditentukan Ikut Pasaran Bermula 2029

Ambo jenis tak rajin, so ambo masak 4 jenis lauk sahaja tapi banyakkan kuantiti maka divide siap2 untuk 27 bungkus.

Pengalaman: (Di rumah, bila timbang-timbang dan bahagi-bahagi 250gm setiap satu, sekali tak cukup untuk 27 bekas, kurang lagi 5 bekas. (sebab tu saya suka timbang dan kira dirumah sendiri) , terpaksa fikir nak masak apa bagi nak cukupkan, maka datang la lauk emergency kari kentang time tu sebelum nak hantar ke retort centre.

Alaah lain kali kalau tak cukup, masak je nasi putih pun boleh bagi lengkapkan 27. Kalau bawak camping dah mudah, tak yah nak masak-masak).

Roti-roti atau makanan berasaskan tepung seperti roti canai tidak advisable untuk diretort kerana ia akan keras. Let it remain as makanan sejuk beku je la.

tip retort makanan
Gambar: Mastura Fuad

BACA JUGA: Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Turut Melanda Pahang

Harga?

Ni korang kena tanya setiap satu centre retort. Kerana saya difahamkan lain centre, lain harga perkhidmatannya. Tapi much more worth it dari dok beli makanan retort secara komersial yang dijual di luar sana kerana ni lebih murah, dan makanan kita yang masak sendiri, puas hati kebersihannya, tanpa bahan pengawet or MSG. Roughly, untuk 27 pek ni tak sampai RM100.

Cumanya kalau retort secara individu ni, tak delah label ramuan dan expiry date . So ni korang kena kira sendiri dan tulis sendiri pada paket retort. Pastu kalau yang jenis macam ni tanpa label, nak bawak ke luar negara seperti Jepun dan Australia, payah nak lepas kerana mostly dia nak yang berlabel. Tak dak label masuk lah tong sampah. Haih, penat je bawak kan nanti.

Tempoh penghantaran

Setiap satu slot mengambil masa hanya sehari. Kena hantar makanan pagi-pagi jam 9 camtu dan ambil balik pada hari yang sama waktu petang. Centre akan call dan bagitau dah boleh pick up.

Moga bermanfaat bagi sesiapa yang nak cuba retort makanan.

Penambahan (lupa la pulak) boleh ke retort bihun goreng? Boleh sangat-sangat, tetapi kalau nak masak kena tukar jenis bihun dari jenama biasa yang digunakan. Kena guna bihun yang tak berjenama dan yang biasanya peniaga gunakan. Sebab bihun jenis ni agak keras dan kenyal. Korang memang kena cari yang jenis-jenis keras, sebab bila masak dalam suhu yang tinggi, bihun tu tak jadi lembik) just nice and perfect!.

Sumber: Mastura Fuad

The post Tak Perlu Risau Makanan Rosak, Ketahui Apa Itu Teknologi “Retort” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*