Tak Sabar Betul, Belum Sampai Dah Terjun, Gelagat Monyet Tumpang Bot Raih Tumpuan

Monyet Proboscis tumpang bot

Tak Sabar Betul, Tak Sampai Lagi Dah Terjun, Gelagat Monyet Proboscis Tumpang Bot Raih Tumpuan Ramai

Seperti yang diketahui, monyet merupakan mamalia yang penuh ragam dan seringkali ditemui hidup berdekatan penempatan manusia.

Kebiasaannya, haiwan ini banyak menghabiskan masa bergayut dan tinggal di atas dahan pokok-pokok.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman video yang menunjukkan seekor monyet dipercayai jenis Proboscis berada di perairan laut.

Monyet Proboscis Tumpang Bot

Apa yang mencuit hati ramai adalah gelagat haiwan berkenaan sewaktu menaiki sebuah bot bersama dua orang lelaki.

Dalam video yang dimuat naik oleh Mr.N C di TikTok menunjukkan haiwan itu seperti merenung ‘rumahnya’ di balik paya-paya bakau selepas dipercayai tersesat di laut.

Haiwan berbulu perang itu kelihatan tenang duduk di bahagian sisi bot, gelagatnya tak ubah seperti seorang individu sedang duduk di atas bot berkenaan.

“Hahahaha santai geng..” kata salah seorang lelaki di atas bot tersebut.

Tak Penyabar Sungguh , Terus “Dive” Dalam Laut

Gambar: TiKTok @Mr.N C

Lebih mencuit hati warganet, monyet berkenaan tak sabar-sabar untuk kembali ke daratan apabila terjun ke dalam laut meskipun jarak yang masih jauh.

Susulan itu, pengemudi bot itu terpaksa membantu semula haiwan itu naik ke dalam bot. Monyet tersebut dibantu oleh seorang lelaki yang menghulurkan sebatang besi kepadanya.

Gambar: TiKTok @Mr.N C

BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Pun begitu, dia sekali lagi terjun ke dalam laut walaupun masih belum tiba di atas darat. Oleh itu, mereka sekali lagi terpaksa membantu haiwan berkenaan yang seakan segan berenang itu.

Dia kemudiannya hanya berpaut pada besi sebelum ini sehingga tiba di tepi daratan.

Terus Ghaib

Setelah tiba di kawasan daratan, haiwan itu terus berlari masuk ke dalam hutan.

“Bye,” ucap salah seorang lelaki terbabit.

Komen Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tak kering gusi melihat telatah haiwan itu di dalam video yang dikongsikan.

Sebahagian ramai warganet memuji lelaki-lelaki di atas bot terbabit yang membantu menghantar haiwan itu kembali semula ke kawasannya.

Antara komen yang diterima termasuklah;

“Terima kasih orang baik. Semoga tuan-tuan dimurahkan rezeki,” kata Selviah 711.

“Terbaik la. Semoga kamu juga dalam perlindungan Tuhan setiap kali keluar mencari rezeki. Amen,” komen Jomeryjoe.

“Tak sabar-sabar nk turun. Terbaik bro,” tulis Farislan7.

“Sakit perut ku ketawa kamu dua, monyet tu pun sporting juga, macam tahu saja apa yang kamu cakap tu. Terbaik,” kata user00000vrry.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 200,000 tontonan di TikTok dengan lebih 14,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 1,000 komen.

@emrysakup

♬ bunyi asal – Mr.N C – Mr.N C😎

Sumber: TikTok Mr.N C

The post Tak Sabar Betul, Belum Sampai Dah Terjun, Gelagat Monyet Tumpang Bot Raih Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*