Tak Sabar Pulang Sambut Aidiladha, Lelaki Terduduk Menangis Dalam Tren Terima Khabar Bapa Meninggal Dunia
Setiap kali raya kepulangan ahli keluarga yang tinggal di perantauan semestinya ditunggu-tunggu oleh ibu bapa di kampung.
Budaya ini ibarat sudah mengalir di dalam darah di mana rumah ibu bapa menjadi tempat berkumpul setiap kali sambutan perayaan atau musim cuti.
Bagi anak-anak yang bekerja atau masih belajar, pulang ke kampung halaman merupakan satu momen yang sangat dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi tidak melihat wajah kedua-dua individu yang membesarkan kita sejak kecil dengan penuh kasih-sayang.
Seperti sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, ramai yang berangkat dari kota bagi pulang ke kampung masing-masing.
Ada yang sanggup bertarung dengan kesesakan lalu lintas di jalan raya dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan kapal terbang demi bertemu dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa.
Lelaki Menangis Dalam Tren Selepas Tahu Ayah Dah ‘Pergi’
Walau bagaimanapun, dalam video dimuat naik oleh @mrioaldino mendedahkan kisah yang sedikit berbeza.
Klip berdurasi 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki terduduk dalam keadaan bercangkung di dalam sebuah tren.
Difahamkan, individu terbabit dalam perjalanan pulang ke kamapung halaman.
Ketika disapa, alangkah runtun hati mendengar bahawa ayahnya dikhabarkan telah meninggal dunia.
Lebih menyentuh hati, kepulangan yang menjadi momen bahagia berubah secara drastik dikala dirinya sudah bersiap untuk bersalaman dengan bapanya menjadi pertemuan terakhir.
BACA JUGA: Arwah Dah Kemas Baju Nak Balik Kampung, Kakak Terkejut Terima Berita Kematian Mohd Syuib
Dia yang bercangkung sambil menggalas beg itu menekup muka akibat tidak dapat menahan sebak berita tersebut.
Penumpang yang berada di dalam tren berkenaan turut membantu menenangkannya dengan memangku ke tempat duduk yang diberikan.
Reaksi Netizen
Rata-rata warganet turut sama bersimpati dengan berita pemergian ayah lelaki tersebut. Bukan sahaja itu, mereka mendoakan ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Selain itu, tindakan penumpang di dalam pengangkutan tersebut menerima pujian ramai kerana menunjukkan belas kasihan.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.4 juta tontonan dengan hampir 140,000 tanda ‘Suka’ serta lebih 1,000 komen di platform tersebut.
Semoga roh ayah lelaki tersebut ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
@mrioaldino Turut berduka cita mas #condolence
Sumber: TikTok @mrioaldino
The post Tak Sabar Pulang Sambut Aidiladha, Lelaki Terduduk Menangis Dalam Tren Terima Khabar Bapa Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment