Ini Penyebab Dapur Siap Dibina Selalu Pecah

penyebab dapur siap dibina pecah

Ini Penyebab Dapur Siap Dibina Selalu Pecah

Ubah suai rumah adalah perkara yang paling disukai ramai terutamanya golongan para wanita kerana ia boleh mengubah angan-angan kepada realiti. Sebagai contoh, seperti dapat membina ruang masakan sendiri mengikut cita rasa yang diidamkan.

Membayangkan sahaja sudah cukup membuatkan wanita teruja apatah lagi menukarkannya menjadi kenyataan dan semestinya mereka mempunyai perancangan dalam mengubah suai rumah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek dan perkara yang perlu diambil berat lebih-lebih lagi berkenaan dapur kaca siap dibina (glass hob built in) yang sering menjadi pilihan buat para wanita di luar sana.

Rata-rata yang memilih dapur kaca siap dibina adalah kerana ia mudah selain kemas dan cantik ketika dilihat.

Tidak salah untuk menggunakan barang-barang murah dan cantik namun sebagai pemilik kita juga perlu fikir lebih jauh tentang jangka masa penggunaannya.

Meskipun ia terlihat cantik namun perasan tak segelintir pengguna dapur kaca siap dibina ini pasti akan mengadu tentang dapurnya pecah setelah digunakan tidak lebih daripada tiga tahun di media sosial?

Perkara itu mendorong kepada orang ramai untuk tidak meletakkan dapur kaca siap dibina ini dalam pilihan mereka untuk memilih dapur.

BACA: Modal Bawah RM10k, Kualiti Kabinet Dapur Pelajar Kelas PVMA Buat Ramai Terpegun

Ini sebab kenapa dapur kaca siap dibina senang pecah

Pun begitu, sebenarnya ada sebab kenapa ia boleh pecah dalam masa yang singkat dan perkara itu telah dikongsi oleh Azlan (@kabinetdapurklselangor).

Dalam video yang dikongsi, Azlan menjelaskan bagaimana dapur kaca siap dibina sering mempunyai isu pecah selepas dipasang.

Menurutnya, perkara itu terjadi kerana pemasangan dapur kaca siap dibina itu tidak dipasang dengan cara yang betul dan tidak mengikut templat.

Gambar: @kabinetdapurklselangor/TikTok

Sekiranya diperhatikan di bahagian bawah dapur kaca itu, ia mempunyai aluminium dan ia perlu dilekatkan pada meja (table top) dan bukannya permukaan kaca dapur itu.

“Kenapa dapur kaca siap dibina ini selalu ada isu ia pecah?

“Sebenarnya cara pemasangannya adalah salah.

“Lubang ini kena potong ikut templat kerana aluminium yang ada kena lekat di bahagian meja dan bukannya gelas serta permukaan dapur kaca itu,” jelasnya dalam video pendek itu.

Kebanyakan pemasang dapur kaca siap dibina difahamkan tidak meletakkan aluminium pada meja sebaliknya menggunakan kaca menjadikan teknik pemasangan itu salah.

Jadi untuk memastikan ia tidak pecah, perlulah mengikut templat dan pasang dengan cara yang betul.

Saksikan video di bawah untuk penerangan lanjut.

@kabinetdapurklselangor

Kalau korang nak buat kitchen, korang kena tengok video ni smpai habis.Pernah nampak tak glass stove pecah? . . #kabinetdapur #kabinetdapurmalaysia #kitchencabinets #kabinetdapurklang #kabinetdapurselangor #kabinetdapurpuchong #kabinetdapurselangor

♬ Countless – Official Sound Studio

Sumber: @kabinetdapurklselangor/TikTok

The post Ini Penyebab Dapur Siap Dibina Selalu Pecah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*