Takut sangat dalam ‘rumah hantu’, pelajar perempuan lari sampai tertinggal kasut

Pastinya zaman sekolah dulu kita pernah masuk ke ‘rumah hantu’ yang dibuat masa Hari Kantin, kononnya berani sangat.

Walaupun tidak menakutkan, pengalaman masuk ke dalam bilik gelap, hantu pula yang paling terkenal seperti pocong dan langsuir.

Seorang pelajar di sebuah sekolah menjadi bahan ketawa buat ramai warganet yang terhibur dengan keletahnya.

Dalam ramai-ramai yang menjerit, dia juga kelihatan cuak sambil memaklumkan mengenai kasutnya yang tertinggal dalam ‘rumah hantu’.

“Cikgu, kasut saya tertinggal,” ujarnya keluar dengan hanya sebelah kasut.

Warganet berseloroh mengatakan bahawa kasutnya mungkin tertinggal kerana dia melemparnya kepada ‘hantu’.

“Mungkin kasut die tertinggal sebab die baling kasut tu dekat hantu,” kata Ayeen.

“Habis kawan dia tolak, semua gara-gara kasut tinggal,” ujar Daengriezal.

Seorang lagi pengguna juga terhibur dengan seorang lagi pelajar yang keluar dalam keadaan tudung hampir tercabut.

“Yang kedua keluar tu, dah bersepah tudung kawan,” komen Amirul Ghazali.

Walaupun menakutkan ianya akan menjadi pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh pelajar tersebut.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*