TalentCorp Meraikan Majikan Yang Progresif Dengan Penganjuran Semula Life At Work Awards 2023

KUALA LUMPUR, 12 Jun – TalentCorp mengumumkan LIFE AT WORK Awards 2023, sebuah inisiatif untuk meraikan majikan dengan amalan dasar tempat kerja yang terkemuka dalam bidang Kepelbagaian, Ekuiti, dan Keterangkuman (DEI) di Malaysia. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf majikan yang mempunyai dasar tempat kerja inovatif untuk pembangunan insan yang positif. LIFE AT WORK Awards kembali dengan edisi ke-8 setelah berhenti seketika akibat pandemik COVID-19.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Ts. Mustapha Sakmud, menyatakan bahawa persekitaran kerja yang berdaya saing di Malaysia akan menarik minat bakat terbaik dan minat syarikat-syarikat terbaik untuk melabur di negara ini.

“Dengan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang pelbagai dan inklusif, kita membina asas untuk ekonomi yang cergas dan berdaya tahan. Oleh itu, saya menyeru agar semua majikan untuk mengambil bahagian dalam LIFE AT WORK AWARDS 2023 anjuran TalentCorp serta diiktiraf atas komitmen mereka terhadap persekitaran tempat kerja dan tenaga kerja yang lebih baik,” katanya.

Anugerah LIFE AT WORK merupakan sebahagian daripada inisiatif TalentCorp untuk membantu majikan menyediakan pekerjaan masa depan. Anugerah ini telah berkembang daripada tiga (3) kategori menjadi lapan (8) kategori, dengan pengiktirafan dan anugerah yang berbeza kepada organisasi di Malaysia, organisasi Antarabangsa, Perusahaan Kecil Sederhana dan Perkongsian Tunggal, serta organisasi Sektor Awam.

Antara pemenang-pemenang anugerah sebelum ini termasuklah termasuk IX Telecom, CIMB Group, BP Malaysia, EcoWorld, DRB-HICOM, Shell Malaysia, GAMUDA, Uniqlo, Maybank, KWSP, Hong Leong Bank dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat TalentCorp, Thomas Mathew berkata bahawa pemenang anugerah LIFE AT WORK telah terbukti menyediakan dasar tempat kerja yang inovatif serta memperkasa pekerja untuk terus berkembang maju, serta menjadi  contoh kepada syarikat yang bercita-cita untuk memperbaharui strategi tarikan dan pengekalan bakat mereka.

“Kadar produktiviti tidak lagi diukur dengan jumlah jam pekerja berada di pejabat secara fizikal. Pandemik turut mengubah perspektif kami dimana, pekerja kini lebih suka bekerja untuk syarikat yang berkongsi nilai tersebut.”

“Penganugerahan Anugerah LIFE AT WORK merupakan pengiktirafan kepada majikan yang telah meningkatkan tahap mereka kepada benar-benar progresif dan inklusif,” katanya.

Anugerah LIFE AT WORK 2023 akan mengiktiraf majikan dalam lapan (8) kategori berikut dengan 26 anugerah akan diberikan untuk:

  1. Organisasi Terbaik
  2. Inisiatif CARE Terbaik
  3. Pasukan Kepimpinan Terbaik
  4. Kemampanan & DEI Terbaik
  5. Juara CEO
  6. Juara CHRO
  7. Pencalonan Bakat HR Muda terbaik
  8. Amalan Cemerlang:
  • Inisiatif untuk Pengambilan Pekerja yang Pelbagai
  • Inisiatif untuk Pendigitalan HR
  • Inisiatif untuk Golongan Milenium
  • Inisiatif untuk Pembangunan Bakat
  • Inisiatif untuk Tenaga Kerja Wanita
  • Inisiatif untuk Persekitaran Tempat Kerja
  • Inisiatif untuk Penglibatan Pekerja (baharu)
  • Inisiatif untuk Aturan Kerja Fleksibel (baharu)

Penyertaan bagi anugerah ini terbuka kepada semua majikan di Malaysia dari 12 Jun hingga 11 Ogos 2023. Senarai pemenang akan diumumkan pada Oktober 2023.

Majikan yang ingin menyertai Anugerah LIFE AT WORK boleh melayari laman sesawang: www.lifeatwork.my

The post TalentCorp Meraikan Majikan Yang Progresif Dengan Penganjuran Semula Life At Work Awards 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*