Tea Garden Buka Cawangan Terbaru Di Gateway@KLIA2, Sasar Jadi Pintu Gerbang Makanan Warisan Malaysia

Tea Garden Buka Cawangan Terbaru Di Gateway@KLIA2, Sasar Jadi Pintu Gerbang Makanan Warisan Malaysia

SEPANG, 30 JANUARI 2024 – Restoran Tea Garden, sebuah jenama restoran rangkaian terkemuka di Malaysia, telah mengadakan majlis pembukaan rasmi cawangan terbarunya di Gateway@klia2 hari ini. Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, cawangan terkini Restoran Tea Garden yang terletak di pusat membeli-belah lapangan terbang KLIA Terminal 2 menitik beratkan kepentingan Tea Garden sebagai pintu gerbang kepada aneka makanan warisan Malaysia.

Majlis itu bermula dengan persembahan tradisi Angklung, dengan alunan muzik tradisional tersebut bergema di seluruh pusat beli-belah Gateway@klia2, mencipta suasana perayaan yang menyatukan daya tarikan lama dengan kulinari kontemporari Restoran Tea Garden.

Tea Garden Di Gateway@KLIA2

Salah satu detik penting ialah pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Restoran Tea Garden, Tan Soo Hui tentang pencapaian Tea Garden mendapatkan Sijil Pendaftaran Francais daripada MyFex 2.0, satu inisiatif francais kerajaan. Tan, dalam ucapan alu-aluannya, mengumumkan pencapaian sijil francais membolehkan jenama Tea Garden difrancaiskan di seluruh negara, sekaligus membawa pengalaman kulinari Tea Garden kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Seusai itu, kemuncak acara tersebut menyaksikan penganugerahan sijil Malaysia Book of Records kepada Restoran Tea Garden, hasil dua pencapaian luar biasa. Juga disaksikan oleh Khairul Firdaus, Restoran Tea Garden diberi pengiktirafan untuk “Ayam Herba Panggang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun” dan “Teh Susu Hainan Paling Banyak Terjual Dalam Setahun,” mengukuhkan statusnya sebagai peneraju makanan warisan Malaysia yang popular.

Upacara pembukaan rasmi itu turut menampilkan artis-artis seni tradisi tempatan yang mempamerkan seni dan kraftangan tradisional buatan mereka. Kerjasama yang dijalin antara Tea Garden dan Kraftangan Johor melalui program keusahawanan seni dan kraftangan memberikan peluang untuk artis-artis seni dan kraftangan tempatan untuk mempamer dan memberikan penerangan berkenaan seni decoupage dan batik, memberikan pendedahan kepada tetamu yang hadir tentang dunia warisan seni di Malaysia.

Tea Garden Di Gateway@KLIA2

“Restoran Tea Garden bukan sahaja komited untuk mengekalkan kekayaan budaya makanan warisan Malaysia, tetapi juga memberikan peluang kepada artis kraftangan tempatan untuk mempromosikan produk hasil kerja seni tradisional mereka, terutamanya melalui program keusahawanan Kraftangan Johor. Usaha ini patut dipuji, dengan Tea Garden menjadi batu loncatan untuk mereka mempromosikan seni dan kraftangan tempatan kita  terutamanya kepada pelancong-pelancong yang masuk ke negara kita melalui terminal lapangan terbang ini,” ungkap Khairul dalam ucapan beliau.

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba, peminat makanan boleh menikmati promosi ‘Prosperity Golden (Fu)’ istimewa sehingga 29 Februari 2024. Nikmati pelbagai hidangan lazat seperti ‘Baked Herbal Chicken Longevity Noodle’, ‘Golden Egg Mushroom’, serta Kuih Tart Bakul yang baru dilancarkan, dan minuman Sparkling Kedondong Assam Boi, semuanya boleh didapati pada harga yang berpatutan. Tea Garden juga menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah utama berupa patung 3D dan wang tunai RM200 atau tiffin piramid 3 tingkat bernilai RM119.90 dengan menghantar tulisan cerita yang mengimbau kenangan istimewa anda di Restoran Tea Garden*. Serentak dengan itu, Restoran Tea Garden juga mengadakan ‘Peraduan Spice Up Your Dragon’ di mana pelanggan bertuah boleh memenangi angpow bernilai sehingga RM888 dengan pembelian sambal atau pes curry*.

Tea Garden Di Gateway@KLIA2

Jangan lepaskan peluang untuk ke Tea Garden, restoran rangkaian terkemuka yang mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati makanan warisan tempatan Malaysia yang terbaik.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

The post Tea Garden Buka Cawangan Terbaru Di Gateway@KLIA2, Sasar Jadi Pintu Gerbang Makanan Warisan Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*