Teroka Lojing punca gajah liar keluar hutan

GUA MUSANG – Penerokaan hutan secara berleluasa bagi ke­giatan perladangan di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini dipercayai menjadi faktor ancaman gajah liar di kawasan penempatan Orang Asli di Pos Brooke, Tanah Tinggi Lojing di sini sejak lima tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan lebih 1,500 penduduk Orang Asli Kampung Mendrop, Kampung Insept, Kampung Jekjok, Kampung Cekau, Kampung Jedip, Kampung Char dan Kampung Brooke Lama di sini dibelenggu masalah ancaman gajah liar yang tidak berkesudahan.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, gajah liar masuk ke kawasan penempatan dan memusnahkan hasil tanaman membimbangkan penduduk Orang Asli.

Katanya, faktor penerokaan hutan secara berleluasa untuk kegiatan perladangan di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini dipercayai menyebabkan haiwan ter­babit mula beralih keluar dari kawasan hutan mencari makanan.

“Setiap tahun pasti ada rungutan daripada masyarakat Orang Asli apabila gajah liar berkeliaran dalam kawasan kampung dan memusnahkan hasil tanaman penduduk. Kami yakin punca utamanya akibat pembukaan ladang berskala besar.

“Kawasan itu Lojing sebelum ini merupakan habitat haiwan itu. Apabila hutan di kawasan itu diteroka, haiwan liar itu terpaksa berkeliaran sebelum lari bersembunyi untuk berlindung dan akhirnya terpaksa menghampiri perkampungan Orang Asli,” katanya di Pos Brooke semalam.

Sementara itu, Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang, 48, berkata, tanah hutan digondol dan diteroka menjadi punca gajah liar terpaksa masuk ke kawasan penempatan Orang Asli.

Katanya, sebelum ini, masyarakat Orang Asli sukar untuk melihat gajah kelibat gajah di depan mata.

“Kami tidak pernah terse­rempak dengan gajah meskipun di bawah Tanah Tinggi Lojing merupakan kawasan hutan jadi tempat tinggal selain mencari makanan.

“Apabila hutan habis digondolkan, haiwan itu berpindah masuk ke kampung kita,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, lebih 500 penduduk Orang Asli di sini hidup dalam ketakutan selepas kawasan penempatan mereka diceroboh gajah liar.

The post Teroka Lojing punca gajah liar keluar hutan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*