Teroka Warisan Senibina Malaysia, Hari Terbuka Masjid Menjemput Pengunjung Hayati Keagungan Budaya

PUTRAJAYA, 6 SEPTEMBER 2023: Dalam meraikan kemeriahan dan keistimewaan warisan seni bina Malaysia di sepanjang Bulan Pelancongan Islam (BPI 2023), sebuah acara menarik kini sedang berlangsung iaitu Hari Terbuka Masjid di lokasi terpilih seluruh negara.

Acara ini mengundang semua pengunjung dan tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja untuk menyelami dunia seni bina masjid Malaysia sekaligus memberikan gambaran tentang perpaduan warisan dan karya seni yang membentuk mercu tanda kerohanian negara ini.

Bermula 30 Ogos di Masjid Tengku Tengah Zaharah di negeri pantai timur Malaysia, Terengganu, Hari Terbuka Masjid ini diadakan secara berperingkat di beberapa masjid ikonik terkemuka Malaysia di pelbagai lokasi di seluruh negara, untuk membolehkan pengunjung dan orang awam menghargai reka bentuk unik, simbolisme budaya, dan kepentingan sejarah setiap masjid.

Selepas Masjid Tengku Tengah Zaharah, masjid terpilih lain yang akan mengadakan Hari Terbuka Masjid ialah Masjid Bandaraya Kuching di Sarawak (8 September), Masjid Panglima Kinta di Perak (9 September), Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Taman Temerloh Jaya di Pahang (9 September), Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di Johor (9 September), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Selangor (10 September) dan tidak ketinggalan, Masjid Paloh di Perak dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur (16 September).

Berlatar belakang budaya pelbagai Malaysia, kesemua masjid ini berdiri teguh sebagai lambang daya cipta, kepercayaan kepada agama, dan sentimen perpaduan yang sangat menarik. Dengan warisan yang berusia berabad lamanya ini, masjid-masjid ini mencerminkan identiti kepelbagaian negara ini dan perpaduan harmoni gaya seni bina sedia ada.

Hari Terbuka Masjid

Pengunjung ke Hari Terbuka Masjid yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama juga boleh menyertai beberapa aktiviti sampingan lain, antaranya lawatan berpandu, pameran kebudayaan, dan demonstrasi seni tempatan seperti pertunjukan pernikahan Melayu, pertandingan kaligrafi Islam dan Cina, serta persembahan azan selain penceritaan kisah di sebalik seni bina menakjubkan yang merentasi pelbagai negeri di Malaysia, serta menyelami kepentingan budaya dan konteks sejarah yang mempengaruhi rekabentuk yang dihasilkan.

Berlangsung dari 21 Ogos hingga 17 September 2023, BPI 2023 adalah siri acara sebulan, penuh aktiviti dan tawaran pelancongan untuk orang awam, pelancong, penggiat industri pelancongan, dan usahawan, memberikan galeri pengalaman pelancongan Islam yang kaya dan unik yang Malaysia tawarkan. Dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad, BPI 2023 dihoskan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) – sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) – bertujuan untuk memperkenalkan tawaran pelancongan mesra Muslim oleh industri pelancongan di negara ini.

MOTAC menyasarkan untuk menonjolkan pelbagai produk dan perkhidmatan mesra Muslim di Malaysia, memupuk kerjasama di kalangan pihak berkepentingan industri pelancongan, dan mengukuhkan perkongsian strategik di kalangan penggiat ekosistem Pelancongan Islam melalui Bulan Pelancongan Islam.

Selain promosi khas untuk penginapan, pakej pelancongan, pengalaman spa dan kesejahteraan, makanan dan minuman, tawaran beli-belah, serta acara, seminar, dan pameran, BPI 2023 juga diperkukuhkan dengan penggunaan teknologi QR untuk memberikan akses mudah dan segera kepada tawaran eksklusif oleh rakan-rakan ITC sepanjang bulan tersebut.

Terdapat juga Cabaran TikTok yang boleh disertai oleh orang awam untuk memenangi hadiah istimewa dari tajaan pelbagai rakan industri. Di antara hadiah utama ialah 30 kad pra-bayar oleh Mastercard yang setiap satunya dimuatkan dengan nilai RM1,000. Maklumat Lanjut di Imbas untuk Tawaran Menarik! itm2023.itc.gov.my

Hari Terbuka Masjid

#ITM2023 #IslamicTourismMonth #ExperienceITM2023 #myITM2023
#IslamicTourismCentre #MuslimFriendlyMalaysia #MalaysiaMesraMuslim

The post Teroka Warisan Senibina Malaysia, Hari Terbuka Masjid Menjemput Pengunjung Hayati Keagungan Budaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*